Sunday, March 20, 2005

PEGI KEDAI

Petang tadi singgah kedai runcit dekat rumah, beli barang dapur sikit. Dah lama tak pegi ke kedai runcit, selalunya membeli barang di pasaraya Giant, Jusco, Sogo etc, walaupun untuk membeli dua atau tiga item sahaja. Teringat zaman kanak-kanak semasa pasaraya tak banyak ujud di Malaysia. Zaman dulu-kala, alamak terasa tuanya aku! Sekali-sekala dapat ikut arwah atuk berjalan kaki dari rumah ke kedai runcit, rasa ‘grand’ je nak-nak kalau dapat aiskrim potong satu. Fuh! Best!

Itu lebih 25 tahun lepas. Sekarang, kedai-kedai runcit ni umpama hidup segan mati tak mau. Suram dan muram. Masih adakah esok untuk mereka, atau adakah akan kecut kering umpama habis darahnya dihisap pasaraya-pasaraya besar? Entah. Good luck, Pak Leman (tokey kedai runcit dekat rumah aku).

No comments: