Tuesday, February 03, 2009

KOLAM AYOR PANAS

Masa cuti CNY minggu lepas, aku ke rumah Achik di Tanjung Malim. Saja jelah, jalan-jalan. Sunday, Achik ajak gi mandi sungai, katanya. Aku ingat dekat, tapi boleh tahan jauh gak, pastu masuk ladang kelapa sawit bagai, sungguh musykil! Oh, rupanya nak bawak kami mandi kolam air panas.

Namanya TRAP - Taman Rekreasi Air Panas, Sg. Klah. It's actually somewhere dalam kawasan Felda situ. Aiks, kena bayar? Dewasa sepuluh hengget, mahal tuh. Kena bayar, sebab ianya bukan setakat sebijik kolam air panas. Ada macam-macam lagi, termasuk kolam air gunung (sejuk) dan ladang bebuahan, kalau berminat nak rounding2 premis tu la.




Memula ke kawasan air panas dulu, aku pun masuk kolam. Mak ai, aku rasa nak melompat keluar balik, terkejut sebab tetiba kaki aku panas kan. But after a few seconds, your body temperature dah aejah, lepas tu rasa syok je, selesa. Sambil berendam, sembang2, tetiba ada suara jantz kat belakang kitorang, "ahhh.. dah masak dah telor aku...". Chis mamat nih, molot takde insurance betul. Bila kitorang toleh, rupanya mamat tu saja nak buat lawak. Dia pegang telor ayam di tangannya, huh!
Memang ada kolam kecik khas untuk rebus telur kat situ, built around one of the many hot spring sources there. Just bring ur own eggs, then boleh pakai raga yang disediakan, letak kat atas air panas yang membuak tu. They even tell you the duration - 2 minit utk quarter-boiled eggs, 8 minit untuk telur rebus keras etc. "Dilarang merebus ikan, kerang...." Duh. Nak makan ikan perasa sulfur ke?
Also, ada small shallow pools, where you can sit at the edges and rendam kaki. The temperature's pretty controlled, ada kolam yang panas betul, dan ada yang kurang panas, where at the edges tu memang ada tulis anggaran suhu airnya. Hmm... baguih le, takde la nanti jadik orang rendam kaki sampai melecur, pastu saman owner kolam ni sebab tak caution pasal suhu tu kan.
We also lepak a while at the cool mountain water pool, where there's a giant water-spouting octopus with a water slide running down it's belly. This pool was filled with screaming kids. Si Yanti teringin nak cuba, aku ok je. Tapi lepas dia slide down, dia komplen kepala dia noneng la plak. Isk isk... manja betul helper aku ni hehe.



One word of caution la. Kalau nak pegi, toksah le pegi time cuti perayaan or cuti sekolah. Hazab! Memula aku tak perasan, so ok jelah dok berendam tu. Tapi bila aku duduk kat tempat yang airnya agak tenang, baru perasan yang aku leh nampak water surface tu..... ada 'flotsam n jetsam'. No, bukan orang dari tongkang pecah. Tapi... entah berapa banyak daki, kulit mati dan kelemumur yang tertanggal dari beribu badan yang dok berendam air panas tu ye? Ewwww...!!!!
Balik ke rumah Achik, aku shower puas-puas, kasi bersih maa! Gasak la, naik la bil air dia bulan ni hehe :-)

btw, all pics here are gugel-ed. aku ada amik gambar ari tu, tapi bateri kamera dah kiok, cari charger tak jumpa la plak isk isk....

Monday, February 02, 2009

BERKAWAN

Alahai aku ni, mood meng-apdet macam pasang-surut air laut kan? Masalahnya lebih banyak 'surut' dari 'pasang' LOL :-)

Semalam sembang ngan an old friend, yang terkecik hati dengan member geng lama kami. Kebetulan masa dia di rumah Mr.X, ada kawan2 baru Mr.X datang bertandang. But instead of introducing dia kepada kawan2 baru tu, he was asked to wait in another room. Ala-ala macam nak sorok, apa qah?

Terus dia terfikir, Mr.X malu ke nak mengaku aku kawan dia, sebab aku tak setanding dengan kawan2 barunya? Yelah, semenjak berhijrah ni, Mr.X dah naik pangkat, gaji dah besar dan pakai kereta mewah, sedangkan aku ni keje biasa-biasa je, kawan2 dia tu pulak engineer & architect di listed company.

Aku yang mendengar ni pun agak terkedu (while keeping in mind that I'm only hearing one side of the story la). Boleh ke meletakkan 'ukuran nilai' ke atas diri kawan dan persahabatan macam tu? Macam kisah siTanggang pun ada gak nih.

Geng lama aku tu, aku kenal masa aku mula start keje. Bermacam background dan perangai ada, dari yang keje kerani sampai le ke doktor pakar, tapi semuanya OK je boleh masuk satu kepala. Outing sama2, dinner sama2, karaoke sama2. Tak sangka la pulak bila dah tua-tua ni, boleh terjadi kes pilih bulu.

Bagi aku, all my friends are precious, tak kira la samada kau kerani sambilan ke, atendan hospital ke, pensyarah ke, hatta seorang Ahli Dewan sekalipun. (Ahli Dewan mana yang kawan lama aku tu? Uiiihhh... ni kira namedropping gak ke? Hahaha!) Aku tak kisah nak berkawan dengan apa jenis orang, asalkan persahabatan tu tak disia-siakan. Masa aku student dulu pun, mungkin orang agak pelik tengok, aku pegi ke library dengan minah Arqam yang berpurdah, tapi balik library aku gi lepak kafe dengan minah kaki disko. So what, kan?

Tapi as much as aku sayangkan persahabatan, aku teringat satu artikel yang pernah aku baca dulu. Katanya, to get more out of your life, you have to get rid of toxic friends. Maksud toxic kat sini ialah, kawan2 yang ajak kita buat benda2 yang merosakkan fizikal, mental dan emosional kita. Like, kawan yang ajar guna dadah, atau yang suka bergosip dan menghasut supaya kita sakit hati kat orang lain, dan yang merosakkan emosional kita bila buat kita rasa terhina dan rendah diri.

Aku kongsi pengajaran di atas dengan kawan lama aku tu. Oh well, rupanya dia dah mula bertindak pun.

"Aku dah delete nombor dia dari handset aku....".

Ha, OKlah tu.