Monday, February 02, 2009

BERKAWAN

Alahai aku ni, mood meng-apdet macam pasang-surut air laut kan? Masalahnya lebih banyak 'surut' dari 'pasang' LOL :-)

Semalam sembang ngan an old friend, yang terkecik hati dengan member geng lama kami. Kebetulan masa dia di rumah Mr.X, ada kawan2 baru Mr.X datang bertandang. But instead of introducing dia kepada kawan2 baru tu, he was asked to wait in another room. Ala-ala macam nak sorok, apa qah?

Terus dia terfikir, Mr.X malu ke nak mengaku aku kawan dia, sebab aku tak setanding dengan kawan2 barunya? Yelah, semenjak berhijrah ni, Mr.X dah naik pangkat, gaji dah besar dan pakai kereta mewah, sedangkan aku ni keje biasa-biasa je, kawan2 dia tu pulak engineer & architect di listed company.

Aku yang mendengar ni pun agak terkedu (while keeping in mind that I'm only hearing one side of the story la). Boleh ke meletakkan 'ukuran nilai' ke atas diri kawan dan persahabatan macam tu? Macam kisah siTanggang pun ada gak nih.

Geng lama aku tu, aku kenal masa aku mula start keje. Bermacam background dan perangai ada, dari yang keje kerani sampai le ke doktor pakar, tapi semuanya OK je boleh masuk satu kepala. Outing sama2, dinner sama2, karaoke sama2. Tak sangka la pulak bila dah tua-tua ni, boleh terjadi kes pilih bulu.

Bagi aku, all my friends are precious, tak kira la samada kau kerani sambilan ke, atendan hospital ke, pensyarah ke, hatta seorang Ahli Dewan sekalipun. (Ahli Dewan mana yang kawan lama aku tu? Uiiihhh... ni kira namedropping gak ke? Hahaha!) Aku tak kisah nak berkawan dengan apa jenis orang, asalkan persahabatan tu tak disia-siakan. Masa aku student dulu pun, mungkin orang agak pelik tengok, aku pegi ke library dengan minah Arqam yang berpurdah, tapi balik library aku gi lepak kafe dengan minah kaki disko. So what, kan?

Tapi as much as aku sayangkan persahabatan, aku teringat satu artikel yang pernah aku baca dulu. Katanya, to get more out of your life, you have to get rid of toxic friends. Maksud toxic kat sini ialah, kawan2 yang ajak kita buat benda2 yang merosakkan fizikal, mental dan emosional kita. Like, kawan yang ajar guna dadah, atau yang suka bergosip dan menghasut supaya kita sakit hati kat orang lain, dan yang merosakkan emosional kita bila buat kita rasa terhina dan rendah diri.

Aku kongsi pengajaran di atas dengan kawan lama aku tu. Oh well, rupanya dia dah mula bertindak pun.

"Aku dah delete nombor dia dari handset aku....".

Ha, OKlah tu.

1 comment:

Hansac said...

"minah Arqam yang berpurdah"

Silap orang awak lepak with.

Patut lepak dengan "mat Arqam yang tak Arqam"