Nama sudah tentu penting pada kita, ia memberi sense of individuality, memberi kita identiti. Are you proud of your given name? So should you be, as I'm sure our parents were proud to choose those names for us. Dunnolah, aku belum berpengalaman, tapi jika aku nak beri nama pada anak yang baru dilahirkan, biarlah nama itu jadi suatu doa, bukan hentam keromo je. Nama tu biarlah significant, tapi significance ni very subjectivelah.
Generally most people feel good to hear their names on other people's lips. Mak aku has this to her advantage, sebab dia rajin tanya nama orang. Kalau kat pasar tani tu, dah kenal dah, Kak Norsiah jual sayur kampung, Kak Normah tokey kuih, Amir budak nasi lemak, Din jual daging, Ah Boy sayur import, Wak Ibrahim ikan kering, Masri tempe & tapai, Ripin jual pisang, ramai lagilah. Advantagenya tentulah dari segi layanan - kengkadang potong queue masa bayar, and diskaun kaw-kaw. Satu hari mak aku tak sihat, so aku kena pegi pasar tani sensorang, dan entah berapa ramai penjual hari tu dok tanya "mak mana, tak datang ke hari ni?" isk... femes ke mak aku kat pasar tani tu hehehe :-)
Ada orang cakap, elok beri nama yang ada makna dalam Bahasa Arab, supaya selari ngan bahasa Al-Qur'an. Tapi ustazah aku dulu pesan, mestilah yang ada maksud baik-baik. Sebabnya ada sorang classmate aku namanya sedap bunyi cam arab, tapi maksud namanya 'bakul sampah' gitu. Yang sorang lagi pun sedap namanya, tapi maksudnya 'penzina'.. errkk...
So what kalau nama tu buruk maksudnya bila ditranslate? This is the subjective significance bitlah. Personally as a muslim malay, I'd want a name yang baik dari segi bahasa keutamaan ugamaku, dan bahasa aku sendiri. Pedulik haper kalau maksudnya tak elok dalam bahasa Guyana ke, Mesopotamia ke hehe
Nama yang 'ada nama' turun-temurun, camner lak? Aku tak mahu pukul rata, tak semua orang sependapat, hatta di kalangan orang yang namanya 'ada nama' sekalipun
[kompius sungguh bunyiknya ek?] Ada terjadi pada kawanku sendiri yang mak-ayahya cerewet nak kekalkan pangkal nama, nak jaga keturunan lah gitu. lepas satu, satu kawan aku tu bawak aweqs jumpa parents dia, semuanya tak berkenan, last-last mak dia carikan isteri yang sama pangkal nama dengan dia. Tapi tulah nama tak menjamin panas hingga ke petang, kejap je lepas tu berpisah jugak. Sorang lagi kawan aku in similar predicament, sampai kena tunggu umur dia 30 lebih baru kawin, sebab mak dia insist carikan isteri yang sama pangkal nama dan terpaksa cari sampai ke Kedah (kawan aku orang Nogori) untuk booking aweqs yang masih bersekolah menengah. No hal la tu, selera masing-masing, but mesti letih, kan?
Pasal pangkal nama turun-temurun ni, aku fascinated ngan nama di Perak. Ada Megat, Puteri, Wan, Nik, Meor etc. Pastu ada formula plak, kalau Puteri kawin Wan, anak dia dapat pangkal nama apa... aku dah lupa la, anyone can enlighten me? Aku tak sure prosedur JPN though, kadang-kadang orang suka letak nama anaknya Puteri ke, Dayang ke, walaupun takde keturunan tu, macam perasan la plak huhuhuuuuu :-)
Dulu ada trend letak nama anak yang kombinasi nama mak-ayah. Ala-ala Tukimat + Zaleha = Tukizal gitu. OKlah tu, kreativiti. Tapi letihnya bila dah ada 5-6 anak, poning palo mikirkan kombinasi, especially kalu mak-ayah pun namanya pendek. Satu lagi trend ialah nama kombinasi eksotik, macam Siti Elizabeth Iman atau Mohd James Reza. Asal jangan tergeliat lidah menyebutnya udahlah...
Ada yang suka letak nama anak sempena sejarah, cam Pak Zami Ismail yang anaknya ada nama Mohd Hitler. And we all know berapa ramai rakyat yang lahir pada 31 Ogos yang dinamakan Merdeka :-)
Ada sorang kawan yang aku usik dulu, nama anaknya ada 4 perkataan (3 to 4 syllables each!), nama dia ada 3, so kalau nama penuh anaknya memanglah susah nak sebut dalam satu nafas. So aku tanya, hang panggil anak hang apa? Jawapan - 'baby'. Adeeehhh... buat letih je bubuh nama pepanjang, pastu panggil 'baby' je hehe yang paling bengkek nanti ialah cikgu darjah satu, jenuh nak ngajar budak tu hafal ejaan namanya sendiri, nak isi buku attendance ke borang ke, sure tak cukup ruang :-)
Nama klasik Melayu, kalau pompuan depa suka bubuh nama bunga, Melor ke Kenanga ke, kekadang bunga Kantan pun ada. New baby? Just look around, nature can help name her :-) Lelaki plak kalau klasik tu, macam Wira ke Aduka ke.. uish... terbayang semuanya bersilat pakai tengkolok hehe Tapi kengkadang ada gak nama klasik yang kureng sket la, macam Hitam ke, Bacin ke, there must've been some reason why they were named so, huh?
Tapi kalau nak senang la, kasik je nama Melayu yang ringkas, macam kawan sekolah rendahku dulu, nama adik-beradik semuanya ringkas macam Liza, Amir, Aida. Sempoooiii.... Tapi parents kena hati-hati la guna nama ringkas, especially kalau ramai anak. Macam jiran di kampung tu, anak ke-11 diberi nama Aisyah, tapi dia lupa sebelum tu, anak ke-3 pun dia dah beri nama Aisyah gak. Last-last kena panggil 'Aisyah Besar' dan 'Aisyah Kecik' hehehe :-)
Nama aku? Nama aku bermaksud 'yang melihat'.. something like thatlah. Tak glam langsung hahaha :-D