Wednesday, January 23, 2008

HANDPHONE MASUK AIR

I'm so not in the mood!

Tengahari tadi, masa tengah tengok tv, dengan penuh chanteknya, si kenit Danish telah mengambik handphone aku dan memasukkannya ke dalam my mug of steaming hot tea, debush! Bila aku terjerit, dia toleh kat aku dengan muka cheeky sengih-sengih tak bersalah.

Adusss... there goes my savings alotment for this month's gaji. Nak marah pun, budak tu baru umur setahun lebih. Nak bebel kat mama dia pun, mama dia gelak je. Isy, sama je muka cheeky anak-beranak tu hehehe :-)

Hmm... aku ni bab handphone, jarang sekali bertukar. I know banyak gak orang yang tukar handphone 3-4 bulan sekali, to get the latest model etc. Tapi aku cuma beli baru bila yang lama dah hopelessly rosak. Aku dah baraikan phone tu tadi, cuba lap dan keringkan setakat yang boleh. Test simcard kat sis's phone, simcard OK. Tapi phone tu memang out ler.

Macam tau-tau je esok dapat gaji. Bleargh!

Baru je beli simcard Happy tiga hari lepas, double bleargh!

SMALL MATTERS DO COUNT

Hallamak, ketinggalan keretapi betul ler aku ni, dah hujung Januari baru nak buat first post for year 2008 hehehe :-) Bizi manjang setengah mampos kat ofis tu, balik umah pun takde mood nak membelog. Malam ni pun, blogging courtesy of paklah's declaration of public holiday for Federal Territory, errk! Alah, bukannya suka sangat dapat cuti pun, sebab keje melambak, ni pun ada bawak balik homework nih. Cuma aku lega sebab tak payah tension traffic jam seperti tahun lepas-lepas. Jam yang bukan saja sebab perarakan thaipusam, tapi juga sebab biasanya bila orang Selangor cuti, ramai yang akan mai shopping kat KL, dan dalam pukul 5.00 tu berebut-rebut orang Selangor shopping ngan orang KL keje nak balik serentak.

Anyhow, tengahari tadi masa sembang ngan Kak Wa, aku saja joking kata alang-alang dah cuti, aku nak gi nengok thaipusam di Batu Caves. Kak Wa jeling, pastu kata, "boleh tapi dapat dosa syubahat la". Aiks? Gi nengok pun kira syubahat ke? Aku yang dangkal bab ugama ni, tak berapa pasti la kebenaran kata-katanya tu. Cuma aku tahu, sebagai seorang Muslim, aku tak boleh melakukan 'amalan keagamaan' ugama lain kerana bimbang menggoyah aqidah. OK, itu memang aku terima la. But does that include observing other people? Entahlah, mungkin ada orang yang lebih tahu, boleh beri pendapat?

Aku terfikir, sekarang ni banyak small matters yang kita take for granted dan tak fikir panjang sebelum membuatnya. For example, niece aku masuk konsert tadikanya, buat tarian india. Dipakaikan costume ala-ala sari, complete dengan 'bindi' (usually known as 'nandek', although this is not the right term) di tengah dahi. Correct me if I'm wrong, but tanda di dahi tu, bukan ke a symbol of the hindu faith? Tak sepatutnyalah ada di dahi anak Muslim. Satu lagi, budak sekolah rendah, kalau nak cakap janji, akan kata "promise, cross my heart and hope to die". Adeehhh... cross the heart ni, christian punya amalan, tapi tulah bebudak mana nak tahu, terikut-ikut kawan non-muslim.

Meraikan kawan-kawan dari pelbagai ugama, no problem. Islam menggalakkan kehidupan harmoni selagi tak menggugat aqidah kita. No hal la kalau nak penuhi jemputan ke open house Raya Cina, as long as jangan makan-minum benda yang haram. Tapi, untuk bersama-sama mengacau periuk memasak nasi manis di pesta ponggal bagi mendoakan murah rezeki di musim menuai akan datang, boleh ke? Untuk sama-sama melepaskan burung dari sangkar supaya burung terbang ke langit membawa doa, boleh ke? Untuk sama-sama mencampak buah limau bagi membuang sial, boleh ke? Nampak macam small matter, saja join untuk seronok-seronok aje. Tapi.... boleh ke?

Keluar makan, expansive restaurant, hip and trendy urban yuppies la konon. Oder satu dish, oh ada letak wine, no problem small matter je. Pesan pada waiter tu, "please tell the chef to absolutely NOT use alchohol in this dish". OK aper? Tapi tulahnya, segala periuk belanga sudip senduk yang diguna, mungkin masih ada saki-baki alkohol dari dish yang dimasak sejurus sebelum masak makanan kita. Small matter ke? Kalau makan di gerai pula, sejauh mana kita tau yang kue tiau goreng yang cantik berkilat dan sedap tu, takde dicampur lelemak haiwan najis? Yelah, kalau itu adalah resepi kue tiau gorengnya, takkan dia nak ambik inisiatif pastikan pelanggan muslimnya tak makan benda haram? Tanggungjawab kitalah sebagai muslim untuk pastikan makanan kita halal, kan?

Small matters je, kan? But don't you think that these small matters DO count?

I realized then, that it's time to read up, listen to good ceramahs, converse with knowledgeable people, in order to learn to avoid all these seemingly small maters but potentially hazardous to our akhirat lives.