Sunday, December 08, 2013

SEMBANG MAYA ICQ

Aku mula chatting dalam tahun 1998, masa mula kerja di pejabat aku sekarang. Wuuuu... lama giler rasanya hahaha...

Bermula dengan ICQ, seorang ofismate telah download untukku.  Lucu juga kalau diingat-ingat balik.  Zaman tu, internet access hanya diberi pada bos-bos saja, manakala pegawai hanga ada akses email dan boleh akses internet waktu lunch jam 1.00 - 2.00 petang saja.  Namun ada ofismate aku yang dapat mencari password akses internet bos dia, dan dia kongsikan dengan aku. Ini satu rahsia besar! Hahaha... After some time, aku berjaya crack code yang digunakan IT Dept untuk set password bos-bos ni... jadi lepas tu aku gunakan password bos aku sendiri hahahaha!!  Ini kira white collar crime ke camne ye?

Dalam ICQ, aku tak banyak chat dengan locals. Entah kenapa aku tak jumpa sangat chatter melayu, mostly dari US atau dari Pakistan gitu. Partner chat aku yang tetap waktu tu seorang matsaleh IT engineer yang tinggal di San Francisco.  Bertahun-tahun kami bersahabat, I really enjoyed chatting with him and sharing so many things under the sun.

Masa mula kenal, dia ada live-in girlfriend tapi dah jadi kawan biasa dan dalam proses nak move out. Macam-macam suka-duka kehidupan harian kami kongsi saban hari, termasuk la sepanjang pembinaan rumah impiannya dari pecah tanah sehingga siap, dan kemudian akibat financial crisis tahun tersebut, dia terjebak dengan masalah tax atas investment sedangkan investment tu dah lebur akibat financial krisis, sehingga dia hampir jadi bankrap dan rumah impian yang baru saja siap terpaksa dijual untuk bayar tax tersebut. Kejam sungguh nasibnya pada waktu itu.

Lepas 3 tahun berkawan, hubungan kami bertukar ke next level, namun sayang tak dapat diteruskan kerana dia seorang atheist dan tidak mahukan anak, dua isu utama bagiku dalam mencari suami. Dia mahu datang bertemu, tapi aku menghalangnya, kerana bimbang pertemuan akan menguatkan rasa sedangkan aku tidak boleh kompromi tentang dua isu utama itu.  Namun panggilan telefon darinya memang sering kutunggu dengan hati yang berbunga-bunga.

Selepas aku bertunang, aku nekad memutuskan persahabatan dengannya, namun hingga kini masih tak jemu dia berkirim berita 2-3 kali setahun walaupun aku tak pernah membalas emelnya. Aku tak berani memberitahu tentang status aku kini, bimbang hubungan lama terjalin semula.

Dia seorang yang intelligent, baik pertuturannya, penyabar dan penyayang. Dia realistik dalam hidup dan tabah menghadapi cabaran. Tipulah kalau aku kata tak pernah rasa sayang kepadanya.  Namun perbezaan dari segi agama terlalu besar untuk diketepikan hanya demi cinta duniawi.

Entah kenapa ye aku teringatkan dia malam ni... miss your chats, Paul.


COBWEBS

Aduhaiiii... lama sungguh tak menulis... jangan kata labah-labah je banyak bersarang kat blog ni, malah spiderman pun boleh buat tempat persembunyian kat blog yang dah bersawang ni.... haissyyy...

Kesibukan kerja dan belajar sepanjang setahun ni, sejak September 2012, membuatkan blog ini dilupakan buat seketika.

Namun adakalanya, kegalauan di jiwa ini tak mampu ku kongsikan dengan sesiapa di luar sana... maka aku kembali ke alam maya ini.... my alternate universe!

Pengajianku dah masuk ke modul 9 & 10, iaitu kelas-kelas terakhir, dan selepas ini untuk specialization pula. Setahun sudah menggalas buku dan laptop ke mana-mana, termasuk ke kelas di tingkat 4 bangunan yang tiada lif yang berjaya membuatkan aku sakit lutut... huhuhu

Gambatte!

Sunday, September 09, 2012

LOSING IT

Losing weight feels so good  :-)

Some time back I placed a ticker up there, supposedly to chart my gradual weight loss.  Tapi hampeh susah plak nak update ticker tu, langsung tinggal gitu je.

But I can tell you now that my current weight is a lot less.  Yes, I'm still overweight, even obese.  But you gotta admit that its no mean feat losing a little over 16 kg since early this year, initially with some medical help, and continued with a healthy diet... cuma exercise plak aku dah malas sket sekarang ni.  Have to start exercising balik soon!  Especially post-raya ni, banyak makan yang tak sepatutnya!

InsyaAllah will try to lose at least 5 kg more by year-end... semoga diberi kekuatan olehNya untuk capai my target ni huuhuu....

BACK TO SCHOOL

Graduate school, that is.

After all these years of complacent butt-numbing seat-warming at the office, I've enrolled in an MBA programme, finally!

Thursday, dropped by at a stationery shop... new notebooks, new pens, ruler, higlighter, stapler, pencilbox... hadoi macam budak-budak  :-)

My classes are on Fridays 3.00pm - 10.00 pm  and Saturdays 9.00am - 5.00pm.  Letih siut!   Kelas plak kat tingkat 4, takde lif!  Surau kat tingkat 3, cafe kat ground floor... keras urat betis dibuatnya!

Next things to buy - flat shoes or sandals, beg sandang besar yg leh isi segala macam books, stationery, telekung, makeup kit, water bottle n bekal makan huuhuu...  Also need to buy new netbook or a light-weight lappie coz lecturer x bagi handout, just upload everything online.  So need to use notebook in class.

Ke sekolah kita segera...!

:-)

Wednesday, February 22, 2012

WEEK 3

Or rather, 'weak' 3... ppffffftttt.... :-(

Lost only 1.2 kg this week, coz I langgar pantang! Oh well, it was a conscious decision, so got no one else to be blamed but myself.

OK that's weight turun 1.2kg, tapi pelik plak water naik 0.3kg = water retention. I'm assuming maybe coz of menses, which is a common case. So kalau takdork water retention ni, my weight loss would be 1.5kg kot? Errrkkk... boleh ke kira camni? Hahaha! Saja nak nyedapkan ati :-)

The good bit is that there's no loss of Muscle Mass, BMI turun 0.5 points, Body Fat turun 0.9%, and Fitness Score naik 1 point.

The most satisfying reading was my blood pressure - 130/80 - normal, yay! This was my main concern, as one month ago, it read at 178/110. Itu pun bukan yang paling tinggi, some time back pernah reach 200/130, and another time the doc couldn't get a reading at all. Gila kan?

But I won't feel too guilty anyway. Weekend we had a hotel buffet dinner, for Abah's birthday do. I tried to stick to the grilled & bbq stuff, but their dessert counter was really the godaan syaitan haha! Simply couldn't resist the cheesecake n stuff, too too delish!

Tuesday we had an outing with the kids, dinner at Kenny Rogers which should be ok with my diet plan as they have flame-grilled chicken, except that the portion I had was much bigger than what is allowed.

Friday was another family outing, dengan family makngah sekali, to celebrate my BIL's winning a case. Hat yang ni memang kantoi abih, coz makan kat seafood restaurant yang serve my very favourite butter prawn & assam fish... hancus diet!

*berazam untuk lebih berhati-hati minggu ini... istiqamah, Jie!*