Sunday, December 08, 2013

SEMBANG MAYA ICQ

Aku mula chatting dalam tahun 1998, masa mula kerja di pejabat aku sekarang. Wuuuu... lama giler rasanya hahaha...

Bermula dengan ICQ, seorang ofismate telah download untukku.  Lucu juga kalau diingat-ingat balik.  Zaman tu, internet access hanya diberi pada bos-bos saja, manakala pegawai hanga ada akses email dan boleh akses internet waktu lunch jam 1.00 - 2.00 petang saja.  Namun ada ofismate aku yang dapat mencari password akses internet bos dia, dan dia kongsikan dengan aku. Ini satu rahsia besar! Hahaha... After some time, aku berjaya crack code yang digunakan IT Dept untuk set password bos-bos ni... jadi lepas tu aku gunakan password bos aku sendiri hahahaha!!  Ini kira white collar crime ke camne ye?

Dalam ICQ, aku tak banyak chat dengan locals. Entah kenapa aku tak jumpa sangat chatter melayu, mostly dari US atau dari Pakistan gitu. Partner chat aku yang tetap waktu tu seorang matsaleh IT engineer yang tinggal di San Francisco.  Bertahun-tahun kami bersahabat, I really enjoyed chatting with him and sharing so many things under the sun.

Masa mula kenal, dia ada live-in girlfriend tapi dah jadi kawan biasa dan dalam proses nak move out. Macam-macam suka-duka kehidupan harian kami kongsi saban hari, termasuk la sepanjang pembinaan rumah impiannya dari pecah tanah sehingga siap, dan kemudian akibat financial crisis tahun tersebut, dia terjebak dengan masalah tax atas investment sedangkan investment tu dah lebur akibat financial krisis, sehingga dia hampir jadi bankrap dan rumah impian yang baru saja siap terpaksa dijual untuk bayar tax tersebut. Kejam sungguh nasibnya pada waktu itu.

Lepas 3 tahun berkawan, hubungan kami bertukar ke next level, namun sayang tak dapat diteruskan kerana dia seorang atheist dan tidak mahukan anak, dua isu utama bagiku dalam mencari suami. Dia mahu datang bertemu, tapi aku menghalangnya, kerana bimbang pertemuan akan menguatkan rasa sedangkan aku tidak boleh kompromi tentang dua isu utama itu.  Namun panggilan telefon darinya memang sering kutunggu dengan hati yang berbunga-bunga.

Selepas aku bertunang, aku nekad memutuskan persahabatan dengannya, namun hingga kini masih tak jemu dia berkirim berita 2-3 kali setahun walaupun aku tak pernah membalas emelnya. Aku tak berani memberitahu tentang status aku kini, bimbang hubungan lama terjalin semula.

Dia seorang yang intelligent, baik pertuturannya, penyabar dan penyayang. Dia realistik dalam hidup dan tabah menghadapi cabaran. Tipulah kalau aku kata tak pernah rasa sayang kepadanya.  Namun perbezaan dari segi agama terlalu besar untuk diketepikan hanya demi cinta duniawi.

Entah kenapa ye aku teringatkan dia malam ni... miss your chats, Paul.


No comments: