Friday, May 21, 2010

BANGAU PENING

Pening.
Vendor A kata barang Vendor B tak ikut spec,
sebab tu projek fail.
Vendor B kata barang OK tapi Vendor A tak reti install,
sebab tu projek fail.
Consultant kata jangan bayar, kerja Vendor separuh jalan,
sebab tu projek fail.
Project Manager kata Consultant tak reti bagi advice,
sebab tu projek fail.
Client kata Project Manager tak nak dengar nasihat Consultant,
sebab tu projek fail.
Big Kahunna kata terminate je semua orang,
sebab projek sememangnya dah FAIL!
hoi! hoi! HOI !!!!
Semua orang dok tuding jari je,
Apa ni, lagu Bangau Oh Bangau ke?
Macam budak-budak!
Pening!
Siapa yang rugi?
Rakyat!
PENING!!!

Wednesday, May 19, 2010

HATI INI



Hati ini aneh sekali.

Kadang-kadang degil sekeras batu, membisu.
Biar dipujuk, dibelai, walau diugut, tetap tidak berganjak dari keputusannya.
Biarpun adakalanya hati ini tahu, bahawa keputusan itu bukan yang terbaik untuknya, malah mungkin keputusan yang merugikan atau yang salah sama-sekali.

Tiba-tiba melembut cair, mengalir air mata.
Hanya kerna terbaca emel-emel lama yang telah dibuang jauh dari ingatan (tetapi silap teknik, telah ter-archive dalam sistem emel itu)

Maka ingatan lama (atau 'keterlupaan lama'?) datang menderu bertubi-tubi.
Tentang seorang cinta yang pernah bertapak di hati ini.....
Yang menceriakan hidupku, yang mendidikku, yang menasihatiku
Yang mengambil berat tentangku, yang mengasihiku
Yang amat bermakna dalam hidupku
Yang kuharapkan menjadi umarraku.
Namun takdir memisahkan!

Janji-janjinya yang pernah dilafazkan suatu waktu dahulu.
Masih... ingatkah dia?
Masih... terkesankah aku?
Masih... cinta... kah?

Hati ini memang aneh sekali!