Friday, May 25, 2007

RANDOM POST

A day after The Announcement :

Kringg...kring....
Me : Hello
Mads : Shasha Tan! Dah abis tekan kalkulator? Hahaha
Me : Hehehe 15 persen je lah
Mads : OK aper! Raya tahun ni, takde le makcik jual kerepek ke kuih tat ke ek, duit dah cukup hehee

Adehhh... tiga orang kengkawan call nak ngusik sal lima belat pelatut tu hehehe.... toksah la kagum benor, klu 15% dari RM5000 tu boleh tahan la, tapi klu 15% dari gaji aku, ciput je! Aku kata ciput, sebab belum dapat pun gaji baru, nasi lemak bungkus kecik kat ofis aku dah naik dari RM1.00 ke RM1.20. Waduh, naik 20% tuh! Teh tarik pun naik dari singgit ke singgit doploh. Ni kat foodcourt ofis gomen tau!

btw, Shasha Tan is not my name. For reasons only known to him, Mads has been calling me that name for the past... hmmm... 12 years of friendship. Pebendalah mamat ni, aku pun tak paham hehehe. But beats the petname Mr. Misai dulu came up with - Patonnah. Adehhh.... kengkawan aku ni.... with friends like these, who needs enemies :-)

Hmmm... gula-gula dah dapat, orang pencen takdork gigi pun dah dapat gula-gula, soooo... bila agaknya kena 'bayar balik' rege gula-gula ni ek??? Speculation... speculation... :-)

Sunday, May 20, 2007

YOUR FIANCE MY HUBBY

A friend asked me this - dalam Islam, seorang lelaki tak boleh meminang tunangan lelaki lain. Tapi camana plak kalau pompuan yang mengajak kawin seorang lelaki yang dia tahu adalah tunangan pompuan lain? Uisyyy......

My response - tak pernah dengar plak apa-apa hukum tentang pompuan 'kacau daun' kat tunang pompuan lain, anyway based on the fact that lelaki leh kawen ompek, maybe tak jadi hal la kalu pompuan tu ajak tunang orang tu kawin ngan dia jugak...?

Sometimes, women are women's worst enemy, and sometimes the men involved encourage them pulok, of course, since it is to their advantage!

Take the case of 20-something Mr Kenyang Selalu (KS). Berchenta ngan Ms. East bertahun-tahun lamanya. Bimbang Ms. East dipikat oleh jants lain, lalu Ms. East diikat kemas-kemas dengan ikatan pertunangan. All their friends know that they are engaged, tengah kumpul duit untuk kawen.

Then comes along Ms. North. Dari awal lagi memang dah tahu KS ni dah bertunang. Berbulan-bulan kawan biasa je, tapi somehow jatuh chenta. Come on woman, dah tau dia dah bertunang tu, kalau mula rasa chenta, cubalah avoid, boleh tak?

Orang keliling mula syak sesuatu, tapi punyalah muka selamba kodok, rupanya dah berbulan-bulan depa pi nikah kat siam, tak siapa pun tahu. Selang beberapa minggu lepas tu, KS nikah plak ngan Ms. East, yang ni buat properly di sini. Amboiii... memanglah kenyang selalu. Dapat dua anak dara muda-belia, profesional, gaji bleh tahan, sedangkan KS ni SPM pun tak seberapa. Aku bukan prejudis pada pangkat dan harta, cuma nak emphasize betapa beruntungnya KS ni.

So, siapa bini nombor satu, siapa nombor dua? Nikah dengan Ms. North dulu, tapi secara rahsia di siam, walaupun sah syarie tapi tak diiktiraf undang-undang negara kita. Eh, aku tak sure prosedur pejabat agama, tapi masa nak nikah ngan Ms East tu, tentu KS ada submit borang pengesahan bujang kan? Bujang ke haper, dok ber****** ngan Ms. North hari-hari!

Tak kisah la nombor satu ke dua ke, dari segi Islam haknya tetap sama kan. Tapi masalahnya mana ada adil, tinggal sebumbung ngan Ms. North, agak-agak selang 2-3 minggu sekali adalah spend wiken ngan Ms. East. Itupun Ms. North mengamuk-merajuk, sepuluh kali sekejap talipon. Adil? Hampehhh...

Oh well, kisah hidup bermacam ragam, nak cakap banyak pun tak berani, mana tahu satu hari aku plak terjebak dalam keadaan yang lebih teruk plak, nauzubiLlah. But I believe what goes around, comes around, and one day maybe Ms. North will believe this too. As for KS the damn lucky SOB, good luck in maintaining your sanity, as the stork will be dropping two packages into your lap in a few short weeks, maybe even simultaneously. Jangan sampai kau pulak yang gila meroyan!

AIYO UNCLE SAMY

Aiyoyo uncle Samy, langit mau runtuh ka? Semenjak-duamenjak ni, ada je yang roboh la, runtuh la, bocor la, retak la...

Memula bocor kat tempat yang jaga orang keluar-masuk, pastu siling roboh kat tempat yang banyak o-wang keluar-masuk, pastu retak kat tempat yang menjalankan peraturan keadilan dunia, yang terbaru kat tempat yang mencipta peraturan keadilan dunia.

Macam.... Tuhan nak kasik signal kot?

Kambing korban yang akan disembelih, seperti biasa la kot, Con-teraktur. Kekadang memang patut pun, sebab memang banyak yang Con(-man) pun. Angkat tender macam bagus, bila time nak buat keje, kasik kat sub-con.

Tapi nak salahkan mike terus pun, takleh gak. Dapat tender 30 juta pun, 6 juta dah siap-siap reserve untuk bayaran timbal... Camana nak kekalkan profit margin? Ah, tak payah la guna bahan binaan mahal dan berkualiti tinggi, tak gitu? Vicious cycle!

M'sia Boleh (aje...) !

Saturday, May 12, 2007

SEORANG ISTERI DENGAN MADU-MADUNYA

This is a spoof, I'm sure hehehe but quite funny-lah :-) Supposedly written by a guy, simplified forwarded email :-

Ada seorang kakak ni, Kak Nani, dah dekat menapouse , tapi masih nampak bergetah. Tapi entah macamana, saya dengar berita suaminya kawin lagi satu. Siap bersanding lagi dengan pelamin vogue, dan paling pelik buat di rumah sendiri. Bah kan dua kali ganda pelik, Kak Nani sebagai penyambut tetamu di hari bahgia suami. Juga tiga kali ganda pelik, Kak Nani sambut dgn senyuman ori (bukan kelat tau) di gerbang rumah. Apakah rahsia suami kak Nani itu yang bekerja hanya sebagai anggota penolong penguatkuasa.

Namun bila hampir genap dua tahun, cik abang tu kawin lagi satu tanpa menceraikan kedua-dua isterinya. Ringkas cerita apa yang ditulis di perenggan kedua diatas tu ,berulang bahkan isteri menyambut tetamu secara berjamaah, senyum, bangga dan tanpa sedih barang sekelumit pun ! Kak Nani pun montel, berisi dan bersusun gelang di tangan. Kagum saya akan suami kak Nani!..., telah ku sematkan dihati untuk mendapatkan petua dari cik abang apakah ilmu dimiliki.???

Sayugia, seminggu kemudian dengan beradabnya saya menemui Kak Nani sebagai isteri tua sebagai minta izin untuk berjumpa cik abang. Bila dilontarkan hajat mohon ilmu makrifat suami hebat, kak Nani dengan yakinnya berkata, Tak perlu lah jumpa suami kak, sebab boleh akak nyatakan rahsianya tanpa was-was. Saya agak kesal kerana tidak yakin dan, kak Nani dengan pantas mencelah , akak nak jadi isteri yang taat , isteri yang adil, yang saksama, beri semua madu merasa apa yang akak rasa .. .

Biar lah betul-betuk kak, kata saya . Jawab kak Nani, kakak mahu semua madu rasa apa yang suami beri .., kalau dulu selalu akak kena penampar dan sepak terajang, kini mereka pun dapat, lewat layan seks kena tumbuk maka mereka pun rasa, makanan kurang panas kena baling dengan pinggan mereka pun alami, kejut suruh bangun subuh kena hentak di bucu katil mereka dapat juga, tanya kenapa balik lewat dibedal dengan buckle tali pinggang mereka pun rasa. Pokoknya apa yang kak Nani rasa , mereka dapat dan rasa tanpa kecuali. Maka DAH KURANG apa yang akak dapat kerana pengagihan ADIL itu sesama kami.

Saya terkulat-kulat memikirnya dengan senyum simpulnya kak Nani menyambung, dan sekarang akak boleh tidur lena, makan selera, badan tak lebam, sihat montel dan kini suami akak tak lagi minta duit gaji akak (bini lain gaji mahal), maka dapat beli gelang-gelang emas 916 ini , sambil dia mengoyang2 kan lengan yang penuh gelang ibarat Rita Rudaini dalam filem Mami Jarum tu.

Saya batalkan hajat nak jumpa cik abang tu, sebab bersyukur. Walaupun tak dapat ilmu kawin 3 , setidak-tidaknya saya masih seorang lelaki dan bukannya jantan !!...

MORAL OF THE STORY - KLU NAK KAWIN LAIN DGN RESTU ISTERI PASTIKAN JADI SUAMI YG HAMPEH..... :-P

Monday, May 07, 2007

HAPPY RETIREMENT, KAK WAI

Last day of April was also Kak Wai's last day of work. Happy Retirement, Kak Wai! Plenty of hugs and well-wishes at her send-off that evening. And needless to say, plenty of tears too.

I came across these words somewhere, hehehe :
Being ReTired is like being Twice Tired -
First, Tired of Working
Second, Tired of Not Working

I can imagine this is so true for Kak Wai, being a workaholic and all.

Who is Kak Wai? Well, at the point of retirement, she was the Deputy DG, the number 2 person in our organization. In all the history of the organization, she broke the record for the highest achievement for a female officer. And no wonder, for anyone who knows her will say that she is very hardworking, committed, aggressive, and yet one of the most caring bosses we've ever known. Do you know of any bosses who actually takes the trouble to cook malay food for her accompanying staff on overseas trips? I myself experienced this when I was in the group accompanying her to Cambodia last year. She earns all the respect and love she gets from her underlings :-)

We asked her, what are you gonna do after you retire? Her answer, well maybe I'm going to open a one-stop food & rest centre for my nieces and nephews, depa ni memang suka mai makan kat rumah I sebab I suka masak apa yang depa teringin. Hehehe nantilah Kak Wai, kitorang pun nak mai serbu rumah you one of these days... :-)