Saturday, May 12, 2007

SEORANG ISTERI DENGAN MADU-MADUNYA

This is a spoof, I'm sure hehehe but quite funny-lah :-) Supposedly written by a guy, simplified forwarded email :-

Ada seorang kakak ni, Kak Nani, dah dekat menapouse , tapi masih nampak bergetah. Tapi entah macamana, saya dengar berita suaminya kawin lagi satu. Siap bersanding lagi dengan pelamin vogue, dan paling pelik buat di rumah sendiri. Bah kan dua kali ganda pelik, Kak Nani sebagai penyambut tetamu di hari bahgia suami. Juga tiga kali ganda pelik, Kak Nani sambut dgn senyuman ori (bukan kelat tau) di gerbang rumah. Apakah rahsia suami kak Nani itu yang bekerja hanya sebagai anggota penolong penguatkuasa.

Namun bila hampir genap dua tahun, cik abang tu kawin lagi satu tanpa menceraikan kedua-dua isterinya. Ringkas cerita apa yang ditulis di perenggan kedua diatas tu ,berulang bahkan isteri menyambut tetamu secara berjamaah, senyum, bangga dan tanpa sedih barang sekelumit pun ! Kak Nani pun montel, berisi dan bersusun gelang di tangan. Kagum saya akan suami kak Nani!..., telah ku sematkan dihati untuk mendapatkan petua dari cik abang apakah ilmu dimiliki.???

Sayugia, seminggu kemudian dengan beradabnya saya menemui Kak Nani sebagai isteri tua sebagai minta izin untuk berjumpa cik abang. Bila dilontarkan hajat mohon ilmu makrifat suami hebat, kak Nani dengan yakinnya berkata, Tak perlu lah jumpa suami kak, sebab boleh akak nyatakan rahsianya tanpa was-was. Saya agak kesal kerana tidak yakin dan, kak Nani dengan pantas mencelah , akak nak jadi isteri yang taat , isteri yang adil, yang saksama, beri semua madu merasa apa yang akak rasa .. .

Biar lah betul-betuk kak, kata saya . Jawab kak Nani, kakak mahu semua madu rasa apa yang suami beri .., kalau dulu selalu akak kena penampar dan sepak terajang, kini mereka pun dapat, lewat layan seks kena tumbuk maka mereka pun rasa, makanan kurang panas kena baling dengan pinggan mereka pun alami, kejut suruh bangun subuh kena hentak di bucu katil mereka dapat juga, tanya kenapa balik lewat dibedal dengan buckle tali pinggang mereka pun rasa. Pokoknya apa yang kak Nani rasa , mereka dapat dan rasa tanpa kecuali. Maka DAH KURANG apa yang akak dapat kerana pengagihan ADIL itu sesama kami.

Saya terkulat-kulat memikirnya dengan senyum simpulnya kak Nani menyambung, dan sekarang akak boleh tidur lena, makan selera, badan tak lebam, sihat montel dan kini suami akak tak lagi minta duit gaji akak (bini lain gaji mahal), maka dapat beli gelang-gelang emas 916 ini , sambil dia mengoyang2 kan lengan yang penuh gelang ibarat Rita Rudaini dalam filem Mami Jarum tu.

Saya batalkan hajat nak jumpa cik abang tu, sebab bersyukur. Walaupun tak dapat ilmu kawin 3 , setidak-tidaknya saya masih seorang lelaki dan bukannya jantan !!...

MORAL OF THE STORY - KLU NAK KAWIN LAIN DGN RESTU ISTERI PASTIKAN JADI SUAMI YG HAMPEH..... :-P

6 comments:

ADIEJIN said...

hehehe..jin suker ini entry..ini entry kasi jin ilham yang bernas..bagus..

Dade Ghost said...

Aku sokong la Jie. Kalau nak isteri lebih kena jadi Jin! Eh...jadi setan... ke jadi jantan ke...

I panggil orang2 yg pukul isteri(2) dan bengis pada mereka ni "lelaki sejati".

Ermm.. entah2 aku pun sama???

Jie said...

Weh Djin,
Toksah get any ideas ha, nanti mati aku kena seligi ngan LadyDjin hehehe :-)

Jie said...

DG,
Hok yang pukul bini tu bukan 'lelaki sejati', more like 'jantan hati kecik', sebab tulah kena guna kekerasan untuk rasa diri dia 'besar'. Isy... tolong le jangan masuk spesis ni DG oi!

Handshake said...

Fuh. Bab pukul bini ni sensitif ni.

Moga aku tak pukul bini (dan bakal bini-bini aku).

Aaamin.

Jie said...

Handshake,

Lelaki sejati takyah main pukul-pukul bini, just kena pukul main-main je hehehe :-)