Monday, June 23, 2008

IQRA' !

Errr... actually this post's title is a bit premature hehe :-)


Spent the better part of today reading this book, but with all the interruptions from my pesky (haha!) nephews, am now at page 247, and the suspense and mystery is gripping! Will write a sort-of review soon. Yelah, siapalah aku nak tulis proper review hehehe can't even write a mono-lingual post in this blog! *LOL*

Anyhow, there aren't too many science fiction-drama-mystery novels written in Bahasa Malaysia, and so aku sungguh teruja membaca novel baru ni, hot out of the oven youuuu! And IMHO, very well-written and well-researched.

Go get your copy! MPH ada, Popular pun ada.


Friday, June 20, 2008

TODAY


Age is just a number.
Age is just a number.
Age is just a number.
Age is just a number.
Age is just a number.
Age is just a number.
Age is just a number. Age is just a number. Age is just a number. Age is just a number. Age is just a number. Age is just a number. Age is just a number. Age is just a number. Age is just a number.
Age
is
just
a
number.
Ya mon, age is jes' a numbah!

Happy XXth Birthday Jie.

[ Haha! kenapa tak tulis nombor :-P ]


btw, who came up with the idea of setting fire to your food huh?

Saturday, June 14, 2008

RESPECTABILITY OF A (only married) LADY

Lewat petang Jumaat, sambil aku pegi punch card, aku sapa Mai yang juga sedang bersiap nak balik.

“Have a good weekend. Apa plan hujung minggu?”

“Thanks puan. Err... pegi kenduri En. Shah kawinkan anak kot. Puan pegi ke?”

Aku dah tahu si Shah buat kenduri hujung minggu ni, tapi “Hmm... saya tak dapat kad jemputan pun.”

“Oh, saya pun tak dapat kad. En. Shah kata dia bagi kad jemputan untuk orang kawin aje, untuk yang bujang, dia tampal kad dekat notice board aje.”

Oh. Aku terkedu.

Begitukah pandangan masyarakat melayu kepada seorang perempuan tanpa suami? Disamakan dengan budak muda berhingus yang bujang? (*disclaimer – bukan semua orang bujang itu berhingus hehe...) Tak layakkah seorang perempuan tanpa suami mendapat jemputan untuk hadiri majlis keramaian seperti walimah?

OK, OK, mungkin juga sebenarnya Shah tak suka aku dan memang taknak jemput aku pun kan hehe :-) Aku langsung tak rasa kecil hati, for whatever reason yang dia tak beri kad lah. Things like this is too petty to bother me, banyak benda lain aku nak fikirlah. Tapi selama ni aku tak pernah ada masalah dengan Shah, atau dengan sesiapa pun dalam department aku. Rasanyalah.

Cuma. aku pelik. Mengikut norma, sebagai pegawai senior, aku biasanya akan dapat kad jemputan, especially dari staf department aku sendiri, tak kira la samada dia yang kawin, atau anak/adik/kakak/abangnya yang nak kawin. Yang tak pernah dapat cuma kalau bapaknya yang nak kawin lagi hehe :-)

Adakalanya kalau dari staf department lain, aku sekadar kenal gitu-gitu je orang yang menjemput. In which case, aku dijemput kerana aku pegawai senior dan sebagai tanda besar hati dan hormat dari orang berkenaan. Dan ada antara majlis tersebut yang aku hadiri, sebagai tanda balas hormat kepada orang yang menjemput. Kalau tak hadir pun, mungkin dikirim buah tangan, sebagai tanda menghormati jemputan tersebut.

But this time around, bukan saja yang berkenduri tu staf department aku yang level lebih rendah dari aku, tapi kenduri tersebut diadakan dekat dengan bangunan pejabat aku, maksudnya tak ada isu tentang distance lah.

So putting aside the possibility that Shah really had no intention to invite me (haha!), then what conclusion can I draw ?

One – Shah terlupa beri aku kad. Yeah, right.

Two - harga kad mahal dan tak berbaloi beri aku kad kerana untuk satu kepala saja. Tapi kalau aku hadir, tak rugi langsung sebab harga hadiah atau ‘salam kaup’ aku pasti lebih mahal dari harga hanya sepinggan nasi minyak yang aku akan makan, as opposed to harga makanan untuk satu staf yang bawak 5 ahli keluarganya.

Three – kalau bagi kad pun mungkin aku tak datang sebab aku janda. Datang atau tidak adalah soal kedua, tapi kalau tak jemput, sah-sah memang aku tak datang, kan?

Four – in Shah’s eyes, I do not have the respectability of a married lady, who earns it by virtue of her husband.

I think it’s the fourth reason.

Unless and until we are rid of this kind of malay mentality (or is it asian mentality?), women will always be regarded as second class citizen whereby her position in society depends on her male counterpart. No wonder the divorce rate is so high these days, and some women in good positions carreer-and-financial-wise opt to stay single. Because no self-respecting woman wants to be regarded as second class if she has indeed proven that she is an independant first class person.

Syukur tak semua lelaki berfikiran begitu.

Having said all that, I do still want to marry and have my own family. It’s what nature intended anyway. But I do wish we as a society, try to break from the mouldy mould of judging and generalizing (unmarried) people, and see an individual for who he or she really is.

Amin.

Oh, terkeluar sikit dari topik, tapi perasan tak, sekarang ni orang dah jarang beri bakul telur atau joran kepada tetamu. Selalunya orang bagi kek, coklat, gula-gula, cupcakes, jelly. Dulu orang jawa suka bagi sebekas jajan kerepek etc, la ni semua orang dah ikut, bagi satu goodie-bag penuh dengan bermacam benda, termasuk la tuala kecik, kipas, cermin kecik. Minggu lepas untuk satu walimah tu aku dapat set sudu & garfu, dan satu walimah lagi aku dapat key-chain. Go figure!

Friday, June 13, 2008

BANDUNG... & ALSO JAKARTA (Part 2)

Long overdue second post of my Bandung & Jakarta holiday...


Petang on the second day tu, habis shopping in Bandung, we drove to Jakarta. The journey took about 2 hours, ocassionally passing by beautiful landscapes of terraced sawah padi bukit. Sampai ke Jakarta dah malam, so we just had dinner and called it a night.

Third day, we started out early to Tanah Abang. Manusia macam semut, begitu ramai sekali, busy, busy. As KakZ says, locals shop according to their status, because the price of goods greatly varies from one place to the other. Tanah Abang is where the lower income group go. Shops sell stuff similar to that in Pasar Baru, at even cheaper price. Dina borong lagi telekung & tudung. Aku beli telekung untuk Ibu & kain pelikat untuk Abah. We bought some nice blouses, as cheap as Rp50,000 (abt RM17.50).

Macam biasa, aku pun tukar tune sket, cakap indon "waduh mahal banget ni mas, dikurangin lagi, bisa ya?"

And that cheeky-faced chap behind the counter said "tak mahal la, Rp20,000 je makcik"

Hey! Who you callin' "makcik" huh? huh? "Amboi, dah pandai cakap melayu ek?"

"Yalah makcik, ramai orang Malaysia berbelanja di sini loh"

Hmmph.

I felt a bit disturbed though that at a few of the shops that I bought stuff from, the shopkeepers ended the conversation with "hati-hati Ibuk bawa wang dalam tas tangan, nanti dicopet". Uh-oh.

Poverty is a fact of life there. Asal kereta berhenti je kat traffic light, mesti diserbu dengan orang-orang menjual macam-macam benda, dari suratkhabar ke jajan dan air botol, even strawberries (di Bandung). It was worse in Jakarta, ada ramai juga 'pengamin' - peminta sedekah. Dari budak kecik seusia 4-5 tahun, ibu mendukung anak, sampai ke orang tua rambut putih yang cuma duduk di atas divider dan hulur tangan bila ada kereta berhenti dekatnya.

Felt like crying one time, watching this family with 3 little kids, duduk beralaskan suratkhabar di bawah kolong satu flyover, the parents feeding the lil 'uns from sebungkus nasi. Kids being kids, nampak ceria saja walaupun berbaju lusuh dan tak berkasut. KakZ kata, most probably malam nanti pun depa akan tidur di situ, it's a common scenario. Oh ya, banyak juga 'bencong' (betul ke perkataan ni?) - tranvestites - dengan eye shadow biru, kasut tinggi & payung kaler pink, datang ketuk tingkap kereta, minta duit. Alahai ngeri.

After Tanah Abang, we moved on to Mangga Dua where prices are slightly higher and people from the middle income group come to shop. We found more shops selling office apparel, and this time around, aku pun borong 4 pairs of suits.

Again, "Ibuk, yang ukuran gede harus ditambah sepuluh ribu (Rp10,000) lagi" Isy, cucuk mata tu kang haha!

"Ibuk maunya yang ama celana atau rok?" Rok? Rok? Apa kebendanya rok tu? "Ini, yang bawahannya" Laa... kain rupanya. Vocab aku belum cukup, nanti kena belajar lagi dari Yanti pembantu rumah aku hehe.

Aku suka Mangga Dua, ada banyak lagi variety of stuff. Handbag cantik-cantik and nampak macam ori, nampak je laaa... It's another shopping heaven for artis-artis atau mak andam, methinks. Ada banyak kedai jual kain lace cantik, ada kedai jual rambut palsu etc. We bought kebaya material yang ada kerawang cantik, dipadankan dengan kain batik silk. Also material yang ada sulam riben, untuk baju kurung. Ha, kalau ada mem yang badan 'gede', kena minta material kebaya untuk ukuran 'gede', otherwise the position of the kerawang will 'lari'.

We stopped by a little shop to buy foodstuff - jajan yang pelik-pelik macam kerepek bayam, kerepek pisang dengan cheese, kerepek belut (errk!), kerepek usus ayam (double errk!). Aku jumpa jugak 'jangek' yang selalu Abah sebut tu, tapi tak lalu nak makan sebab jangek ni kerepek kulit lembu, eww...!

Malamnya, Mr.Joe & KakZ ajak ke tempat shopping for the upper class people pulak. "Korang tengok je la, tak mampu nak beli pun". Cheh! KakZ ni... hehe :-)

So we went to Senayan City mall. Mak aiii.... ramainya security guard depa, kereta nak masuk kat entrance pun dah kena scan, kalau kereta cermin tinted, depa siap buka pintu nak tengok siapa ada di dalam. Ada valet parking, and nak masuk lobi mall pun, kena pass by security check lagi, siap ada pintu metal detector macam kat airport, and handbag pun depa bukak. I wonder what they are really scared of? Mungkin sebab banyak matsaleh kat situ kot, takut ada anti-west bombing ke haper ke.

Anyway, sekadar cuci mata je la, lagipun harga barang lebih mahal dari di KL! Ada satu perfume yang aku suka, harga di Senayan City tu mahal RM50 dari harga KL. Dan ada handbag yang aku dah intai di One Utama (I love Braun Buffel!) harganya RM900+, tapi di Senayan jadik RM1100+. Ya udah, pulang aja yuk!

Posting aku ni asyik dok citer sal shopping, kan? Sebenarnya aku ni bukanlah kaki shopping sangat pun. Itulah kelemahannya pulak bila berjalan dengan orang, sebab KakZ dan Dina kaki shopping, so kenalah ikut rentak diorang. Aku sangat berterimakasih di atas hospitality dan bantuan MrJoe & KakZ, jadinya trip kami tu begitu mudah dan selesa. They are very nice people, and I hope I can repay their kindness someday!

Tapi, aku tak berapa puas sebab ada benda-benda yang aku plan tapi tak menjadi. Kalau ikutkan aku sendiri, bila travel, aku lebih suka experience the local culture, rather than mere shopping. Aku teringin nak makan local foods, like bakso yang ori di sana, tapi KakZ tak kasik, takut sakit perut. Tu kira nasib baik je la dapat minum es alpukat tu hehe :-)

Aku teringin nak pegi visit angklung factory di Bandung, perhaps catch a show. Aku plan nak pegi tengok tempat handicrafts, tapi Dina tak minat langsung. Aku teringin nak pegi spa yang best dan murah di Jakarta - for about RM60, you can get a 3-hours package, complete with sauna, tangas, urut (full body, face & head massage), lulur, boreh, masker, mandi rempah & mandi susu. Mana nak dapat kat KL camni? (It would cost at least RM350 in KL)

Nantilah, insyaAllah aku akan pegi lagi, tapi kena cari travelling companion yang lebih sekepala dengan aku hehe :-)

Thursday, June 05, 2008

TUKAR KERETA

Aku bawak kereta Toyota Vios. Roda empat. Fuel tank capacity = 42 liter.

Satu minggu sekali, aku isik penuh tangki = 1.92 x 42 = RM 80.64

Satu bulan = 80.64 x 4 = RM 322.56

Sekarang?

2.7 x 42 = RM 113.40 seminggu x 4 = RM 453.60 sebulan.

Mahal nak mampus!

Harus kena tukar transport aku nih, dari roda empat ke roda tiga.


Cantik tak my dream car sekarang ni? Bubuh rambu-ramba sket, ala-ala letak spoiler gitu la.

Kumpul duit sket, boleh upgrade dari roda tiga takdak horse-power (sebab kayuh sendiri) kepada roda tiga yang setengah horse power macam 'bajai' ni. Bunyi enjin 'kepeh-kepeh-kepeh'. Memang la pakai petrol, tapi satu tangki penuh baru 5 liter kot.

Hmm... tapi kalau pakai roda dua kayuh sendiri bagus gak kan? Tak payah la naik beskal bodoh tak bergerak kat gym tu. Jimat duit bulanan gym, banyak exercise, cepat kurus!


Tapi alaaa... leceh la. Ofis aku takde shower. Takkan nak attend meeting dengan berpeluh busuk-busuk plak. Poning palo den...


Tuesday, June 03, 2008

PARLIAMENT DUTY

Parliament Duty sucks *bleargh*

For those not in the gomen, every time the parliament is in sitting, all ministries will draw up a roster for it's officers (and officers from it's agencies) to attend the sitting as an observer cum 'stand-by sally'. Main duty is to take note of issues affecting your ministry brought up during the sitting (especially hot questions from the opposition... huuuhuuu!), and to report such issues to the minister, and if required to do so, to seek the necessary info for the minister to use in his answer/rebuttal.

Bab hok kije tu, no problemo. Yang sucks so much is the boredom of having to sit on my tush all day long, listening to mundane voices reading out their answer/ presentation, and all the while I'm thinking "banyaknya keje kat ofis yang aku boleh siapkan ari ni, if only I don't have to be here!"

Bored out of my skull. Bored!

Boring sebab kali ni kena duty kat Dewan Negara. Kalau duty kat Dewan Rakyat, best sket sebab banyak interaction from both sides of the dewan, including comments from hybrids of primates haha!

Sib baik jumpa kawan lama, yang kebetulan duty on the same day.

Yang telah belanja aku minum masa breakfast... hehe :-)

Satu benda yang paling tak best tadi, tapi benda ni jadik luar dewan la. There were people smoking cigarretes in the cafe, which is right next to the dewan. Allooooo... parlimen yang gubal & luluskan undang-undang 'no smoking in public places', tapi kat parlimen sendiri yang orang buat derk tentang undang-undang tu.

Cakap tak serupa bikin? Adeeehhhhh....

Sunday, June 01, 2008

BANDUNG... & ALSO JAKARTA (Part 1)

The Bandung trip was great shopping at bargain prices... and also an observation of contrasting lifestyles.



OK, the original plan was for 6 of us ladies to go to Bandung, check into a 3-star hotel and spend the days shopping to our hearts' content. But since us cheapskates (haha!) wanted to get the el-cheapo AA tickets, the booking was done well in advance (November last year!), and by the time we actually were supposed to go, they've all dropped like flies, tinggal aku ngan Dina je. I was a bit sceptical nak pegi berdua aje, but Dina had a friend working in Jakarta, and him & wife generously offered to host us. So we ended up spending 2 days in Bandung & 2 days in Jakarta, where we stayed over at their house, cool!



Bandung Airport

Mr. Joe & KakZ met us at Bandung Airport, terus bawak pegi makan nasi padang - maklum le flight takdak makan. Nothing like the nasi padang we get in KL la weh. Sodap hingga menjilat jari! Plate after plate of lauk, they really piled 'em up. A dear friend mentioned 'es pokat' and I was really curious to taste it, so I ordered. Rupanya avocado milkshake tinged with chocolate, simply delish! The whole time that we ate out, itu ajelah air yang aku order hehe :-) Asked the waiter what the ingredients were, so semalam aku cuba buat sendiri, sedap gak. Nanti karang aku letak resepi 'es pokat' a-la Jie, ok?

Delish food!

Habis mentekedarah (Dina makan dua pinggan!), we went to Cibaduyut, the leather footwear heaven. Since we had just arrived, and feeling like millionaires (literally, millions of rupiah mah!), kitorang pun lupa diri la tengok kasut cantik-cantik, rasa nak beli semua hehe :-) I bought a pair of ladies boots, nice! Harga? Half the price of what it would cost in KL.



We checked into the very nice Hotel Jayakarta, 4 or 5 star, I'm not sure, standard room rates at Rp600,000+ (abt RM230). Nice pool with a jacuzzi on the side. First time watching Indon tv. Less censorship IMHO, but their adverts are kinda cool, I like!


Counter at the hotel

The next day, we headed out to Pasar Baru, where M'sian makciks shop for telekung & tudung, and M'sian bakal pengantin shop for kain lace, hand-made wedding cards & doorgift knick-knacks.

Murah giler, the exact same telekung I saw in Jalan TAR priced at RM270, was a mere Rp220,000 - tak sampai pun lapanpoh hengget. Tapi pelik ah, telekung ada macam-macam kaler & sulam yang sarat, telekung budak even dari kain yang bercorak bunga. We bought telekung from the 'katun paris' - parisian cotton, katanya. Nice soft cotton embroidered lace, tak panas, and cantik sulaman 'bodir'nya - border/edging.



We found a shop selling pantsuits for officewear, good material & nice designs. Dina bought 3 pairs, at Rp150,000 each. Yelah badan regular size, senang ah nak carik. Aku punya, tokey kedai tu kata "Ibuk, yang ukuran gede, tambah lagi sepuluh ribu". Aku nak tergelak ada, rasa nak tampar pun ada. Mentang-mentang la pakai kain lebih sikit, kena extra charge le pulak haha! But seriously, the material used is very nice walaupun takde jenama. Merely about RM50-60, kalau kat KL maybe RM150 onwards la.



Oh ya, tawar-menawar harga ni, syok jugak. Aku pun tukar tune sket, belajar cakap indon. "Brapa arganya mas? Waduh mahal banget! Dikurangin ya mas, 15 (Rp150,000) ajak" KakZ dah setahun kat sana, so fasih la. Yang bestnya, penjual semua tak marah kalau dah tawar tapi tak jadi beli. Cuba kalau buat gitu kat Petaling Street, paling kurang mesti kena maki punya.



Aku memang nak beli kain lace, sajalah nak cari lace yang 'subtle' design untuk buat baju dinner. Unfortunately semua kedai lace yang aku masuk, jual jenis design garang macam baju pengantin punya. Ada juga kedai jual kain langsir, cantik! Tapi memandangkan AA yang kemot cuma allow 15kg of baggage, excess kena RM15 per kg, so lupakan ajelah nak beli kain langsir yang berat tuh. Benda 'wajib' lain, biasalah, tudung jenis ready-made-sarung-aje tu.



Lepas Pasar Baru, pegi pulak Cihampelas, the jeans heaven. Apa jenama kau nak, semua ada! I bought 2 pairs of Lee Cooper, Dina borong 4 lai Levi's. Original or fake? Entah, aku pun tak pasti ekeke... :-D Tapi aku pernah dengar orang sebut 'asli-palsu'.



All the while, we traveled around in Mr.Joe's supir-driven Toyota Highlander. Hmm... kalau tengok kenderaan kat jalanraya, separuhnya MPV/SUV mewah, separuh lagi kereta buruk kemek yang cat dah mula tanggal. Jauh sangat bezanya. Kalau keta yang middle-range macam Vios aku tu, jadik teksi Bluebird aje hehe :-)

Motor banyak juga, but mostly locals naik 'angkot' atau 'mikrolet' - vans converted into minibus. Atau naik 'bajai' - a hybrid (ewah!) between a motorcycle and a carriage, so jadiklah kenderaan kecik beroda tiga untuk mengangkut sorang supir dan dua orang penumpang. Kalau penumpang saiz gajah, aku rasa muat sorang je kot. Oh ya, pedati atau kereta kuda ada jugak, dan kalau nak naik kuda untuk jalan-jalan pun boleh.



Aku tak terperanjat dengan trafik kat sana, sebab masa pegi Cambodia ari tu, trafiknya lebih teruk. Tapi si Dina sepuluh kali sekejap asyik mengucap tengok kereta yang jalan rapat-rapat, memotong kiri-kanan. Aku dah berbelas tahun driving pun, rasanya tak berani nak bawak keta kat sana. Sungguhpun gitu, KakZ kata kat sana jarang berlaku accident. Mungkin drivers there are more careful & sabar dari KL drivers kot?



Dari dalam kereta tulah, aku observe realiti kehidupan. Banyak orang susah di Bandung. Asal kereta berhenti aje kat traffic light, terus diserbu dengan orang yang menjual macam-macam benda, from newspapers to canned drinks, even strawberries (tempting!). There were buskers too, bawak gitar buruk, nyanyi & harap dapat wang. Kenapa diorang tak cari kerja? Kata Mr.Joe "nak kerja jadi buruh binaan pun kena ada kabel, atau bayar duit kopi Rp20 juta kat tokey dulu, baru dapat keje". Hmm, bersyukurlah kita ada kerja kat sini.



Yang menjaja makanan, bawak kereta sorong satu roda. Sudahlah kena berpanas-berhujan menjaja, terpaksa pulak guna kudrat sendiri untuk tolak kereta sorong tu. Padan la takde orang gemuk kat sana, semuanya banyak exercise, tulang besi urat dawai! It's all about survival.

To be continued...