Thursday, June 05, 2008

TUKAR KERETA

Aku bawak kereta Toyota Vios. Roda empat. Fuel tank capacity = 42 liter.

Satu minggu sekali, aku isik penuh tangki = 1.92 x 42 = RM 80.64

Satu bulan = 80.64 x 4 = RM 322.56

Sekarang?

2.7 x 42 = RM 113.40 seminggu x 4 = RM 453.60 sebulan.

Mahal nak mampus!

Harus kena tukar transport aku nih, dari roda empat ke roda tiga.


Cantik tak my dream car sekarang ni? Bubuh rambu-ramba sket, ala-ala letak spoiler gitu la.

Kumpul duit sket, boleh upgrade dari roda tiga takdak horse-power (sebab kayuh sendiri) kepada roda tiga yang setengah horse power macam 'bajai' ni. Bunyi enjin 'kepeh-kepeh-kepeh'. Memang la pakai petrol, tapi satu tangki penuh baru 5 liter kot.

Hmm... tapi kalau pakai roda dua kayuh sendiri bagus gak kan? Tak payah la naik beskal bodoh tak bergerak kat gym tu. Jimat duit bulanan gym, banyak exercise, cepat kurus!


Tapi alaaa... leceh la. Ofis aku takde shower. Takkan nak attend meeting dengan berpeluh busuk-busuk plak. Poning palo den...


2 comments:

Kelana said...

Saya nak jual kereta teruihhh...

Jalan kaki pi opisy... huhu

JIE said...

Salam Kelana,

Yerrrrlaaahhh.... opis dia dekat nor leh jalan kaki dari rumaaahhh.... *jeles jeles* haha!