Saturday, June 14, 2008

RESPECTABILITY OF A (only married) LADY

Lewat petang Jumaat, sambil aku pegi punch card, aku sapa Mai yang juga sedang bersiap nak balik.

“Have a good weekend. Apa plan hujung minggu?”

“Thanks puan. Err... pegi kenduri En. Shah kawinkan anak kot. Puan pegi ke?”

Aku dah tahu si Shah buat kenduri hujung minggu ni, tapi “Hmm... saya tak dapat kad jemputan pun.”

“Oh, saya pun tak dapat kad. En. Shah kata dia bagi kad jemputan untuk orang kawin aje, untuk yang bujang, dia tampal kad dekat notice board aje.”

Oh. Aku terkedu.

Begitukah pandangan masyarakat melayu kepada seorang perempuan tanpa suami? Disamakan dengan budak muda berhingus yang bujang? (*disclaimer – bukan semua orang bujang itu berhingus hehe...) Tak layakkah seorang perempuan tanpa suami mendapat jemputan untuk hadiri majlis keramaian seperti walimah?

OK, OK, mungkin juga sebenarnya Shah tak suka aku dan memang taknak jemput aku pun kan hehe :-) Aku langsung tak rasa kecil hati, for whatever reason yang dia tak beri kad lah. Things like this is too petty to bother me, banyak benda lain aku nak fikirlah. Tapi selama ni aku tak pernah ada masalah dengan Shah, atau dengan sesiapa pun dalam department aku. Rasanyalah.

Cuma. aku pelik. Mengikut norma, sebagai pegawai senior, aku biasanya akan dapat kad jemputan, especially dari staf department aku sendiri, tak kira la samada dia yang kawin, atau anak/adik/kakak/abangnya yang nak kawin. Yang tak pernah dapat cuma kalau bapaknya yang nak kawin lagi hehe :-)

Adakalanya kalau dari staf department lain, aku sekadar kenal gitu-gitu je orang yang menjemput. In which case, aku dijemput kerana aku pegawai senior dan sebagai tanda besar hati dan hormat dari orang berkenaan. Dan ada antara majlis tersebut yang aku hadiri, sebagai tanda balas hormat kepada orang yang menjemput. Kalau tak hadir pun, mungkin dikirim buah tangan, sebagai tanda menghormati jemputan tersebut.

But this time around, bukan saja yang berkenduri tu staf department aku yang level lebih rendah dari aku, tapi kenduri tersebut diadakan dekat dengan bangunan pejabat aku, maksudnya tak ada isu tentang distance lah.

So putting aside the possibility that Shah really had no intention to invite me (haha!), then what conclusion can I draw ?

One – Shah terlupa beri aku kad. Yeah, right.

Two - harga kad mahal dan tak berbaloi beri aku kad kerana untuk satu kepala saja. Tapi kalau aku hadir, tak rugi langsung sebab harga hadiah atau ‘salam kaup’ aku pasti lebih mahal dari harga hanya sepinggan nasi minyak yang aku akan makan, as opposed to harga makanan untuk satu staf yang bawak 5 ahli keluarganya.

Three – kalau bagi kad pun mungkin aku tak datang sebab aku janda. Datang atau tidak adalah soal kedua, tapi kalau tak jemput, sah-sah memang aku tak datang, kan?

Four – in Shah’s eyes, I do not have the respectability of a married lady, who earns it by virtue of her husband.

I think it’s the fourth reason.

Unless and until we are rid of this kind of malay mentality (or is it asian mentality?), women will always be regarded as second class citizen whereby her position in society depends on her male counterpart. No wonder the divorce rate is so high these days, and some women in good positions carreer-and-financial-wise opt to stay single. Because no self-respecting woman wants to be regarded as second class if she has indeed proven that she is an independant first class person.

Syukur tak semua lelaki berfikiran begitu.

Having said all that, I do still want to marry and have my own family. It’s what nature intended anyway. But I do wish we as a society, try to break from the mouldy mould of judging and generalizing (unmarried) people, and see an individual for who he or she really is.

Amin.

Oh, terkeluar sikit dari topik, tapi perasan tak, sekarang ni orang dah jarang beri bakul telur atau joran kepada tetamu. Selalunya orang bagi kek, coklat, gula-gula, cupcakes, jelly. Dulu orang jawa suka bagi sebekas jajan kerepek etc, la ni semua orang dah ikut, bagi satu goodie-bag penuh dengan bermacam benda, termasuk la tuala kecik, kipas, cermin kecik. Minggu lepas untuk satu walimah tu aku dapat set sudu & garfu, dan satu walimah lagi aku dapat key-chain. Go figure!

1 comment:

Unknown said...

I can't help but agree with you. Malay men, especially, are chauvinistic!