Tuesday, July 22, 2008

takde tajuk

Seperti biasa, waktu rehat tengahari aku tidak ke mana-mana, di ofis saja. Tetiba empat-lima orang staf aku berkumpul tepi tingkap, dok menjenguk-jenguk keluar. Apa hal?

Pandang keluar, nampak ramai orang berkerumun keliling sebuah kereta yang dok parking tepi bangunan ni. Beberapa orang sedang cuba buka pintu kereta, kemudian menarik keluar orang-orang yang berada dalam kereta tersebut, lalu dibaringkan di atas kakilima bangunan. Beberapa orang lain 'mengipas' dengan suratkhabar. Ohh... rupanya orang-orang dalam kereta tu semuanya pengsan.

Tak lama lepas tu, ambulans sampai, dan orang-orang pengsan tu diangkut masuk ke ambulans. Harap-harap ada orang berhati mulia yang tolong jaga handbag, wallet dan kunci kereta diorang ni. Pantang lepa sikit, orang mati accident pun, ada pencuri yang sanggup larikan barang berhaga simati, kan?

Macamana boleh semua orang dalam kereta tu pengsan, siang hari buta ni dalam kereta yang parking di tempat awam? Aku agaklah, mungkin sistem aircond kereta tu ada bocor, menyebabkan karbon monoksida ter-salir masuk ke dalam kereta tu balik. Malang tak berbau, dan sesungguhnya karbon monoksida ni pun tak berbau.

Hmmm... bila last korang pegi servis kereta?


p/s - ini post malas. sebenarnya kepala aku tengah weng ni, tadi kul 9.00 pagi - 1.00 tgh mesyuarat pengurusan bahagian, dan kejap lagi 2.30 ptg - 5.00 ptg mesyuarat dengan konsultan pulak... fenin.

Thursday, July 17, 2008

MADS'S CALL

A few days back, I received a call from Mads. Assalammualaikum - waalaikumsalam etc. Then he said, "Aku nak tanya satu benda la. Kenapa orang suka aku?"


Nak pecah perut aku gelak. Sib baik la aku dah lama kenal dia, so aku tahu bila dia tanya soalan gini, it's an innocent question, walaupun bunyi soalan tu macam sombong bongkak, kan? :-)


What he meant was, kenapa orang suka berkawan dengan dia. So I said, because you are a good listener, you are quite observant and sensitive, therefore pandai jaga hati orang dalam pertuturan. Your mind works in a very warped and mysterious way, so you always come up with interesting things to say, in which conversations will either end up in a serious discussion or in guffaws :-)


I wonder what my friends would say, if I asked them the same question that Mads asked me. Oh well, they'd probably puke first hehe :-)


Anyway, Mads related a funny story that happened recently. Dia ikut another friend pegi dusun buah kat kampungnya, and masa tengah kutip durian, his friend sakit perut, pegi ke bilik air. Tak lama lepas tu, kawan dia datang balik and sambung kutip durian, but Mads's eyes dah buntang pandang kawan dia. Sebabnya, atas kepala kawan dia ialah sehelai seluar dalam. Whaaa....????


So dia tegur la kawan dia, apsal ada seluar dalam atas kepala kau? And his friend raba atas kepala, amik seluar tu dan kata "ooohh.. padan la aku cari tadi tapi tak jumpa... jap ye aku nak masuk bilik air balik" Apparently when he undressed to do his business, dia letak seluar dalam yang dipakai tu atas kepala - I think it is quite common practice to cover your head when you are in a toilet - aku tak pasti, tapi sunnah ke ni?. But aiyohh... gunalah sapu tangan ke, towel kecik ke... toksah ler guna spender yang kau baru tanggalkan kejap tadi tu! Eeeewww.....!


Aku gelak giler sampai semput terbatuk-batuk. Ingatkan Superman je yang sanggup tunjuk seluar dalam dia kat orang hahaha :-D



Monday, July 14, 2008

Transgene-huh? TRANSGENESIS lah! :-)

Huuu... lama tul aku tak menjenguk ke sini. Things have been so hectic at the office for the past few weeks. Last week of June, me & colleagues conducted a 4-day inter-department seminar. Rutin, 2 kali setahun, dah 3 tahun kami buat, tapi setiap kali lepas kursus, mesti pancit punya hehe. Habis je kursus, aku terus demam 5 hari, selsema & batuk teruk, sampai la ni pun dok batuk lagi.

Anyway.

Aku dah habis baca novel tu. Alaaa...yang aku sebut dalam post sebelum ni la. Dah lama dah habis baca, cuma tak berkesempatan nak tulis komen lantaran masalah kesihatan yang tidak mengizinkan aku berbelog. Chewah! Kira OK gak la penulisan BM aku ek? :-P

Tajuknya Transgenesis : Bisikan Rimba. Penulisnya Amir Husaini. Terbitan PTS Publications.

Kiranya aku ni baru je mula minat membaca novel Bahasa Melayu dalam setahun-dua kebelakangan ni. Jadi mungkin aku tak boleh terlalu kritis dalam memberi pandanganlah, sebab tak banyak pengalaman lagi kan. Tapi satu perkara yang aku boleh katakan disini, aku puas membaca novel ini. Lain dari yang lain, dan kalau nak bandingkan dengan cerita di tv, boleh masuk kategori CSI jugaklah, dari segi pengisiannya. Dan aku memang suka CSI! Huuhuuu!

Temanya, ada sains fiksyen-misteri-thriller-islamik-alam semulajadi. Cerita ini digarap dengan kemas, bermula dengan prolog yang macam takde kena-mengena, oleh itu membuat kita tertanya-tanya siapakah 'atuk' dan 'Ammar Qusyairi' tu? Tapi obviously ada kaitannya, sebab 'atuk' tu yang bercerita tentang kisah Flora. Aku dah belek prolog dan epilog beberapa kali, tapi aku masih tak boleh teka siapa 'atuk' tu sebenarnya. Haaa... this gives you an idea of how mysterious the story is hehehe :-)

Basically, tema utamanya ialah bio-teknologi dan genetik. Aku takmoh citer banyak, kalau nak tau, korang kena baca sendiri novel ni hehe :-) Tapi sinopsisnya kata "Teknologi memindahkan genetik haiwan dan tumbuhan kepada embrio yang diklonkan daripada manusia sudah ditemui... subjek eksperimen yang terbebas dari makmal mula membunuh orang awam..." Hmm... cerita ini ditulis berdasarkan fakta saintifik, dan tak mustahil teknologi ni memang sudah ujud atau akan ujud dalam tempoh beberapa tahun lagi. Manusia nak jadi tuhan!

Jalan ceritanya teratur walaupun plotnya mak aiii... berbelit-belit macam ular sawa. Baru je nak predict ceritanya jadi 'A', tapi tetiba cerita jadik 'B' pulak. Itu yang membuat pembaca geram dan nak terus membaca sampai habis. Aku suka cara penulis menerapkan nilai-nilai islamik dan nilai kemanusiaan dalam ceritanya, jadi bukan setakat membaca 'cerita kosong', tapi ada pengajarannya juga. Aku kira novel ini bukan saja sesuai untuk bacaan orang dewasa, tapi juga sangat sesuai untuk bacaan remaja (young adults).

Kenapa aku kata macam CSI? Sebab penulis obviously membuat research yang banyak sebelum menulis cerita ni, jadik setiap 'ke-pelik-an' dapat diterangkan dan boleh diterima akal. Aku mulanya cuak juga, sebab background aku bukan sains jadi mungkin aku susah nak faham. Tapi what I like is that the scientific facts are explained in such a way that it doesn't make non-science people feel stupid huuhuuu! Satu lagi, penulis banyak memberi 'soalan' dalam jalan ceritanya, memberi stimulasi minda kepada pembaca. I loike!

I don't know about you, but when I read a good book, I sometimes actually visualize the story. Well, this time around, bukan saja visualize, tapi ada masa yang aku baca waktu tengah malam, I could actually smell the scent of 'kenanga', which is the trademark of one of the main characters. Seram! Tak, aku tak gila, but my imagination sometimes does run a little on the wild side hehe :-D Kalau dijadikan drama atau movie ni, I can just imagine the computer graphics that will go into it, sulur pokok tetiba belit kaki orang etc, mesti menarik kan?

Kudos to Amir, for being brave enough to venture into a somewhat 'new' genre of malay novels. Tak banyak novel sains fiksyen di pasaran, tapi mungkin lepas ni aku akan cuba cari novel sebegini. Aku harap Amir akan sambung lagi kisah Flora ni, nampaknya macam ada banyak angle yang boleh dikembangkan lagi. Flora terus menetap dalam hutan? Datin Kay dapat ke lepas dari penjara? Buraquzzaman terus memburu Flora? Yang Ixora tu plak, apa ke 'he?

Dalam puji-puji ni, ada juga benda yang aku nak tanya. Kalau Flora ni klon manusia dan digabungkan dengan DNA tumbuhan, dia punya sistem reproduktif macam mana? Dia dah remaja, kalau reproduktif macam manusia, dia datang haid ke tidak? Kalau Flora boleh beranak, aku nak cadangkan nama anak dia - 'Florette' hehe :-) Tumbuhan perlukan klorofil untuk fotosintesis, tapi kulit Flora tidak berwarna hijau pun? Eh, tapi ada jugak pokok bayam yang daun kaler merah, dan kobis daun kaler ungu, tu kira klorofil jugk ke? Isk... fenin. Ni nak kena tanya sendiri kat Amir Husaini lah.

Cuma satu je la yang aku paling tak puas hati. Toloooonggglaaahhh.... Amirrrrr.... siapa 'atuk' tuuuu??? Tension aku, sebab sampai la ni aku masih tak dapat teka! Hahaha!


p/s - aku cuba upload gambar kulit buku ni, tapi blogspot malam ni mengong sket. Anyway korang leh tengok gambarnya kat post aku sebelum yang ini. Better still, visit the author here.