Tuesday, July 22, 2008

takde tajuk

Seperti biasa, waktu rehat tengahari aku tidak ke mana-mana, di ofis saja. Tetiba empat-lima orang staf aku berkumpul tepi tingkap, dok menjenguk-jenguk keluar. Apa hal?

Pandang keluar, nampak ramai orang berkerumun keliling sebuah kereta yang dok parking tepi bangunan ni. Beberapa orang sedang cuba buka pintu kereta, kemudian menarik keluar orang-orang yang berada dalam kereta tersebut, lalu dibaringkan di atas kakilima bangunan. Beberapa orang lain 'mengipas' dengan suratkhabar. Ohh... rupanya orang-orang dalam kereta tu semuanya pengsan.

Tak lama lepas tu, ambulans sampai, dan orang-orang pengsan tu diangkut masuk ke ambulans. Harap-harap ada orang berhati mulia yang tolong jaga handbag, wallet dan kunci kereta diorang ni. Pantang lepa sikit, orang mati accident pun, ada pencuri yang sanggup larikan barang berhaga simati, kan?

Macamana boleh semua orang dalam kereta tu pengsan, siang hari buta ni dalam kereta yang parking di tempat awam? Aku agaklah, mungkin sistem aircond kereta tu ada bocor, menyebabkan karbon monoksida ter-salir masuk ke dalam kereta tu balik. Malang tak berbau, dan sesungguhnya karbon monoksida ni pun tak berbau.

Hmmm... bila last korang pegi servis kereta?


p/s - ini post malas. sebenarnya kepala aku tengah weng ni, tadi kul 9.00 pagi - 1.00 tgh mesyuarat pengurusan bahagian, dan kejap lagi 2.30 ptg - 5.00 ptg mesyuarat dengan konsultan pulak... fenin.

No comments: