Sunday, March 20, 2005

MIStik, BAGI ORANG YANG RABUN I.T

Aku angkat dua belah tangan, kibar bendera putih. Sesungguhnyalah aku bukan orang yang pandai komputer atau bijak teknologi. Tau sikit-sikit je, cukup untuk melayakkan aku sebagai ‘rabun IT’ dan bukannya buta IT terus.

Teknikal itu bukan bidang aku. Tapi sekurang-kurangnya aku cuba explore kemudahan IT yang disediakan di pejabat, which was how I came across blogs in the first place. Tak reti sangat, blasah aje klik sini klik sana. Hasilnya aku jumpa satu dunia lain yang betul-betul membuka mindaku, mengasah daya fikir, menambah pengetahuan am, membaca pandangan & pendapat pelbagai lapisan masyarakat, sumber berita/isu terkini dan err... juga sebagai sumber hiburan, sket la.

Kerja harianku memang banyak. Jadi aku curi-curi masa untuk mengintai blog 20-30 minit pada waktu aku makan sarapan tapau kat meja aku (kalau tak baca blog, aku bukannya boleh buat keje pun masa tengah makan, kan?) dan satu jam pada waktu lunch break. Aku tidak chat. Aku tidak layari porn. Aku tidak main game, samada online atau tidak. Aku tidak bergayut di telefon. Aku tidak keluar lunch 20 minit awal untuk meraban di shopping complex dan kembali ke pejabat lewat dengan beg plastik Sogo berbondong-bondong (lik-a da medem she do dat). Oh tidak tidak tidak tidak.

{ Habis tu apa yang jadik??? }

Ha, nak cerita la ni – aku dapat emel cinta dari System Administrator. “Anda didapati melayari laman web yang tiada kaitan dengan kerja dan oleh itu kemudahan internet anda boleh digantung.” Hek eleh.

Masa medem nak beli rumah dulu, siapa yang disuruh cari iklan rumah for sale di Bangi dalam internet? Masa medem nak pegi trip ke Jepun, siapa yang disuruh meng-google tarikh & tempat bunga sakura kembang? Masa medem nak buat kad jemputan jamuan, siapa yang kena search internet untuk grafik bunga ros yang perfect ikut taste dia untuk dicetak atas kad tu? Masa medem berangan nak gi trip ke US, siapa disuruh survey kat mana hotel & tempat shopping yang best di LA?

Patek Yang Menurut Perintah.

Jangan salahkan sesiapa kalau sistem dan perisian canggih yang dibangunkan hanya menjadi gajah putih dan orang gomen jauh ketinggalan dalam dunia IT yang seakan MIStik ini. Teringat aku kat sorang staf yang dah bersara tahun lepas, komputer di atas mejanya menjadi tukun, yang jarang-jarang dinyalakan, mungkin dia tak berminat. Manakala seorang lagi staf (level pengurusan) yang backgroundnya Perakaunan, tapi mengambil Masters dalam bidang IT pada umurnya lewat 40-an, sebab DIA BERMINAT.

Aku? Aku sekarang ber-internet dari rumah je la.

p/s - terbaru, medem minta googlekan maklumat kolej/universiti di France/Germany yang ada tawarkan kursus pembikinan perabot, sebab dia (aku rasa la) tengah bercadang nak buat lawatan kerja ke sana plak. Sori la, haram aku tak carikan... hehehe kali ni patek tak mau turut perintah.

No comments: