Friday, March 11, 2005

JADI TAMU

Masa memula buat plan ngan Etone untuk ke Kuching, Etone wanted to spend all 3 days & 2 nights with Jam & family. Aku berjaya memujuk Etone untuk dok hotel on Friday night, then Sabtu malam je tidur kat rumah Jam. Aku ada sebab sendiri kenapa prefer taknak lama di rumah Jam.

Masa di Jepun, 4 minggu kami habiskan masa bersama dalam grup kecil 24 orang, jadi most of us got pretty close. Aku, Emi & Afzan close dengan Jam, tapi bukannya ada apa-apa. Bila balik, kami semua masih contact through phone, sms & email. Aku tak pasti samada Sal take note who among us yang ada contact Jam, but aku agak kerap juga contact dia & vice versa.

Kami semua faham keadaan ini. Tapi sebagai seorang isteri, Sal (Jam's wife) mesti tertanya-tanya juga, apa yang berlaku sepanjang tempoh 4 minggu tu? Entahlah, maybe I'm mistaken. Tapi naluri wanita aku berkata, hati-hati. Aku tak mahu nanti kami have fun dengan Jam selama 3 hari, tapi lepas tu Jam & Sal bermasam muka 3 minggu.

Friday in Kuching, aku & Etone bermalam di hotel. Yoko yang sepatutnya sampai hari Sabtu petang, managed to fly in earlier dan sampai kul 10.30 malam. Jam & Sal picked us up from the hotel, we proceeded to the airport to pick up Yoko, then had a late dinner.

Masa dalam kereta dan masa dinner, aku perhatikan wajah Sal. Aku rasa tekaan aku tak lari jauh, she's not very comfortable with us. Maybe sebab first time jumpa, but maybe also sebab (I think) she thinks both me & Etone are single. Kalaulah dia tahu status aku, rasanya mesti dia lebih uncomfortable.

And so the rest of the time when we were all together, aku & Etone pastikan kami lebih banyak bercakap ngan Sal daripada ngan Jam. Letih juga! But they were both very, very kind to us, bawak sini-sana, belanja makan, tolong bargain masa shopping etc. Arigato gozaimasu tomodachi-san! Puas hati aku dapat makan mi kolok banyak-banyak!

Depa ada 3 anak - Kila, Ju'a & Fariz. Atau Akira-chan, Najura-chan & Farizu-kun. Aku sedari awal tertarik ngan Ju'a, manjanya bukan main :-) Aku harap kami tak terlalu menyusahkan Jam & family, mana tahu esok-esok akan ke Kuching lagi.

No comments: