Sunday, March 20, 2005

HALAL?

Isu makanan Halal sekarang hangat diperkatakan dalam semua bentuk media, termasuk dalam blogs. Apakah insiden ini akibat dari ketamakan pengilang/penjual berkenaan untuk membuat duit, atau kekhilafan kerana kurang pengetahuan, atau sikap kurang ajar, tidak menghormati dan tak peduli dengan sensitiviti orang lain?

Banyak threads yang menyentuh sensitiviti muslim mengenai makanan yang haram kerana mengandungi khinzir. Aku sedikit hairan kerana yang haram tu, bukan saja yang mengandungi khinzir, tetapi banyak aspek lain yang perlu diberi perhatian seperti proses penyembelihan, makanan mengandungi arak dan mengandungi bahan sampingan lain yang sumbernya tidak halal, tetapi perkara ini tidak berapa ditekankan di kalangan segelintir orang kita.

Setelah sekian lama, aku juga terasa tertipu. Dari dulu aku suka makan kek dan tak pernah pertikaikan halal/haramnya sebab beranggapan kek tidak mengandungi bahan khinzir. Much later baru aku find out that kek tiramisu kegemaranku mengandungi alkohol. Masakan Eropah lain juga ada mengandungi cooking wine dan ada roti/pastry dibuat menggunakan lard (lemak khinzir). Kini sosej pula mengandungi usus khinzir. Tipah tertipu, bang! Aku makan semua ni di Malaysia, bukan di luar negara!

Aduh.... padan la ramai orang sekarang (termasuk aku) culas beribadat, sembahyang pun hujung-hujung waktu dan amat jarang sekali buat ibadat sunat. Agaknya tanpa disedari selama ini mulut dan perut diisi dengan pelbagai benda haram, membuatkan hati jadi gelap? Aku akui, di zaman remaja dulu aku relax, disamping confident yang aku boleh makan tanpa was-was di bumi sendiri. Cuma beberapa tahun kebelakangan ni aku lebih teliti tentang pemakanan, but I shudder to think how much haram food had I actually ingested all these previous years? Bila dah jadi darah-daging, kemudian dapat pula zuriat... *ngeri!*

On another note, aku rasa aspek menghormati sensitiviti ini bukan saja terpakai pada muslim, tapi juga agama dan bangsa lain. Kita muslim mengamuk bila dihidangkan makanan tidak halal, tapi berapa kerat antara kita yang amat prihatin dengan keperluan rakan beragama hindu yang tak boleh makan lembu, atau rakan vegetarian yang tak boleh menjamah animal product?

Aku teringat di pejabat ibuku dulu (staf majoriti muslim), ada seorang staf yang vegetarian. Setiap kali mereka mengadakan jamuan, perlu pastikan ada hidangan vegetarian untuk staf ini. Ramai staf lain yang merungut dan menyumpah kerana si-vegetarian seorang ini 'menyusahkan'. Lama-lama, si-vegetarian cari alasan untuk tidak hadiri jamuan pejabat. Kesian, terpinggir dia.

Satu lagi insiden, di mana seorang muslim tidak menyambut tangan yang dihulurkan oleh seorang non-muslim. Dia buat tak nampak je, kemudian berbisik "taknak salam tangan yang pegang babi". Aku sedih. Di mana sensitiviti dan toleransi kita sebagai muslim?

No comments: