Saturday, March 12, 2005

OFURO

Dalam kursus persediaan sebelum ke Jepun, kami diberitahu tentang Ofuro. Penerangan itu membuatkan ramai yang tergelak besar dan ramai juga yang seram-sejuk.

Apa itu Ofuro? Ofuro ialah sebuah 'common bath' iaitu kolam mandi yang diisi air panas berubat, yang digunakan oleh semua orang untuk berendam beramai-ramai selepas mandi membersihkan tubuh. Kebiasaanya berendam dalam keadaan tanpa pakaian. Itu yang membuat kami susah hati! Hampir semua rumah Jepun ada ofuro, jadi kami diingatkan tatacara menggunakannya.

Aku berpeluang untuk mandi di Ofuro semasa kursus bersama belia Jepun di Hotel Sugadaira. Ada, kami berkemban, jangan risau. Masa tu dah lewat jam 12 tengah malam. Aku, Najila & Tim beriya-iya nak juga cuba ofuro ni, yelah bukannya ada di Malaysia kan. So salah seorang kawan baru kami offer nak bawa kami ke sana.

OK, sebelum masuk ofuro, kena mandi dulu di shower yang ada disediakan. Wanita-wanita Jepun tu dengan penuh selamba menanggalkan pakaian dan mandi sambil berbual-bual, kami pula yang terasa malu untuk memandang mereka.

Kawan kami explain kat wanita-wanita Jepun lain, bahawa kami sebagai muslim tak boleh berbogel di khalayak ramai. Oleh itu kami minta permission untuk berendam dengan berkemban. OKlah, mereka faham dan tak kisah, so dapat la kami join. Memang airnya panas & ada water jets under the surface, so macam a really big jacuzzi la. Sedap betul berendam, rasa badan selesa dan tidur nyenyak malam tu!

Aku agak pelik dengan attitude orang Jepun. Secara amnya mereka ni masyarakat yang lembut, sopan-santun, pemalu dan punya nilai moral tinggi. Tapi camna lak boleh mandi bogel beramai-ramai? Disesetengah tempat, lain jantina pun boleh mandi bersama-sama tanpa ada apa-apa kejadian xxx.

Kawan baru kami terangkan, bahawa bila mereka mandi ofuro, mereka melakukannya dengan satu tujuan khusus, iaitu MANDI sahaja. Oleh itu takde sesiapa yang akan pandang orang lain. Sebab tulah mereka tak segan. Seumpama wanita yang mendedahkan breast in public akan dianggap tak senonoh, tapi sekiranya wanita itu sedang breastfeeding, orang boleh terima.

Betul juga tu.

No comments: