Saturday, April 01, 2006

MAGHI KELATE

"Mek, u kena pegi kursus minggu depan." [Eh, bila plak aku jadik 'mek'?? ]
"Kat mana?"
"Kelate. Ni ha surat tawaran kursus." [Ohhh... eh, yabedabedu!]

Pergh, seronot! Sebab Kelantan is the only state in Malaysia yang aku belum sampai lagi. Aku scan last page surat tawaran, ternampak a few nama peserta from department lain yang aku kenal. Eh OK la, ada geng nih.

Tak lama pas tu, Cheni call, ajak aku pegi saing naik bas. Yelah, officer cabuk cam aku ni gi kursus tak layak naik kape terobang. Memula ingat nak naik Air Asia (own expense), tapi bila dah ada geng, seronot gak naik bas ramai2. So terpaksa le pulak menapak ke kaunter teket bas... RM30.80 OK la, tak mahal.

Beautiful greenscape, taken on the third day, view from inside a bus.









Life at the riverside.


To cut a long story short, kitorang naik bas malam, sampai KB pagi buta, check in kat hotel, rehat sket, mandi, solat, dan kemudian bermulalah pengembaraan... SHOPPING! Tak senonor betul, kursus belum mula, dia dah shopping dulu.... hehehe :-) Tak ganggu jadual kursus pun la, just kena atur jadual perjalanan dengan bijak la.

We stayed at this hotel, OK room & service, good food.

OMG! Rambang mata aku tengok banyak-banyak kain tudung yang cantik giler and A LOT CHEAPER than those sold in KL. Tu belum kira shopping kain batik lagi tuh. Cash abis, gi cucuk ATM. Cash yang tu pun abis, bantai card plak. Adeehhhh..... Tapi takpe, berbelanja tu, masih beringat jugak, ikut kemampuan. Beli banyak pun, bukan untuk kita sorang. Yelah, klu yang ada anak remaja pompuan 5 orang, takkan nak beli tudung selai je. Che abang pun nak jugak shirt batik. Kengkawan pun ada yang kirim. Siapa yang ada semangat keusahawanan tu, boleh buat niaga bila balik ke KL. Pasar Siti Khadijah, Pasar Buluh Kubu, Pasar MPKB semua kami round. Rantau Panjang pun sampai juga, dan ada juga yang sempat pegi Pengkalan Kubur. Weeiii... jangan kata pompuan je, yang lelaki pun dok shopping gak tau!

Checklist aku :-
(1) Tudung = 14 helai. Oooopp.... aku punya 2 aje, yang lelain tu untuk mak, adik, makngah, kawan dan orang kirim.
(2) Kain batik = selai je, untuk diri sendiri. Nak beli banyak tak mampu, sebab taknak over-budget.
(3) Murtabak spesel = 6 bijik, memang sedap giler, besar, tebal dan sangat berbaloi dengan reghenya, 2 untuk rumah, 2 untuk makngah, 2 untuk kawan.
(4) Serunding / sambal daging = 3kg, buat pek kecik-kecik dan distribute.
(5) Pauh mah ite = 3kg, sedap weh!
(6) Telur penyu = 8 biji. Aku tak makan, beli untuk mak aku.
(7) Keropok = 5 paket, buat stok.
(8) Selainnya, barang makanan i.e kuih-kuih (ye, aku sejuk-bekukan kuih akok dan angkut balik KL), snek (gajus, asam etc), pulut hitam. Nak beli beras siam, rasanya tak dibenarkan kot.

Beli tu je pun, dah habih enam ratus lebih. Start minggu depan, kena makan roti je la kat ofis.... hehehe :-)

Cakap sal makan ni [dia dah start dah.... favourite topic nih!], masa di pasar dan di pasar malam, aku jadik orang peghak. Banyak betul makanan yang aku tak pernah jumpa! Sibuk amik gambar & beli sikit-sikit untuk rasa. Here's some pics. Eh, kalu aku silap tulih namanya, hangpa pebetuikan, ye?

Kuih Akok, yum! Tapi le ni depa buat kurang manis sket



Pulut Dakap - comelnya, dibuat sebesar ibu jari pastu diikat dua bijik sekali.
Tepung Pelita, kuih biasa tapi lebih besar & murah, singgit lima bijik. Sedap!


Yang ni semua aku tak ingat nama, apa ye?
Tapi rasanya main ingredient is pulut kot.


Sate Perut! Tapi perut ayam daa... aku tak pernah jumpa kat KL.
Buah Tanjung dibuat dari kuning telur & dimasak dalam air gula.
Too sweet for me lah.



Nasi Tumpang - layered rice-lauk-rice-sambal etc, exciting discovery!
Kuih Sekaya dibuat dari telur, gula, santan.
Perrrgh.. lemak berkrim disukai ramai!



Jala Mas, made from egg yolk & boiled in syrup.
Au contraire, the second one, Tahi Itik, made from egg white.
Interesting, kan?

Mak aih... tu belum kira nasi dagang, nasi kerabu, solok lada, tomyam, laksam segala yang aku bedal kat cafe hotel tuh. I'm in food haven! Seminggu je aku kat KB, bila balik, tak berani nak dekat dengan weighing scale aku ataupun buat blood sugar/cholesterol check, sure kantoi punya!

Thank you Darul Naim, for showing me ur peaceful greenscapes, ur beautiful batiks, ur delicious foods, ur friendly people, a totally enjoyable stay! Eh, aku takde pun citer pasal kursus yang aku hadiri tu kan? Ahaks :-D

12 comments:

http://gitartong.blogspot.com said...

salam.. lompat dari blog sapa ntah.. lamo doh tok maghi kelate. oghe buto hok baco qure' duk tepi tanggo kat pasar siti khodijoh tu ado laghi ko?

FaEzHussain said...

salam kenal...saya pun 1st timer kat sini, lompat dari blog kaklady (kalau tak silap)

ni nok tulih kut kelate... tengok gamba-gamba kuih2 tu, sedak nyor la wehhh....lamo doh tok balik kelate ni....
of course, ore KayeEll kalu maghri kelate gak, tok soh kalu tok beli tudung...denga batik..
aduii mace mace ghaso(rasa) nok make tengok ko gamba tu. akok la favorite, hok laing tu, make sebutir puah doh....

mm menjadi ke tidak cakap kelantan ni, lama dah tak practise...huhu...

akak nak tanya, turun2 dari bus tu, tak cium tanah bumi kelate ker?
teringat kawan saya yg saya bawak ke rumah tok kat t'ganu, turun aje bus, amik tanah cium...sebab seronok sgt first time jejak bumi darul iman, walaupun kampung tok tu kat sempadan kelate-t'ganu jek.

kursus apa kat sana tu?

Izhal said...

oh outstation rupanya...

sampai2 terus shopping dan tak langgar jadual kursus tu satu petanda yang baik... you have excellent time management :)

nice pictures you posted this time... pandai amik gambaq nooo... gambo makanan ni susah nak diambil... makanan orang kelate ni cun jugaklah macam makanan orang jepun... kueh akok tu lazat tu...

mek mek kelate putih2 gebu2 tak dapat gambar ke???

JoKontan said...

Alooo Mek..

Mu tak try ker Som Tam, Kerabu Magga ?

Aduuuh best nya gii KB...

lilyliverbird said...

mek oii,
tu baru gi kelate, mujur dok gi london. habis 600 pound kot :P

Heh. sound like you had fun. ambo lamo dok gi kelate ni.

Izhal said...

penatlah tengok kueh ni... gambo kueh lain takde ke???

Jie said...

Gitartong,

Salam perkenalan :-)
Takde pun oghe buto kat pasar siti khadijah tu? Kot-kot ambo yang dok perase sebab mata melilau tengok benda2 yang dijual kat situ hehehe...

Jie said...

Faezhussain,

Salam perkenalan :-) Huiiihh... meme makane tu semua sedak belako!

Takde la plak cium tanah hehehe :-) Tapi seronok baca macam2 signboard yang takde di KL, antaranya - Kota Bharu Bandaraya Islam; Kota Bharu Come Sokmo - ada juga signboard nasihat islamik (5 peringatan - sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin etc tu). Bagus jugak kalau letak kat KL ni, kan?

Jie said...

Izhal,

Nak buek camno, memang eden suko makan, sobab tu eden amik gamba makanan hehehe :-)

Huiihh.. mek-mek putih gebu ramai kat pasar buluh kubu, tu yang eden tergoda beli sampai 14 lai tudung hehe...

Jie said...

Jokontan,

Ha'ah ye lupa plak nak cari songtam, memang sedap tuh! Next time aku ke KB, pasti akan dicari itu songtam!

Jie said...

Lily,

Kalu nak gi London, harus aku kena start saving from now hehehe eh tapi ada ke clothes saiz aku kat sana? isk...isk...

Izhal said...

bak pe Ji tak snap gambo mek putih gebu??? kuh tu dah dibeli,mek tak boleh dibeli... heheh... lain kali pikelate, habaq izhal.blogspot.com kim salam kat mek neh... mek hok jua kueh akok tu...