Wednesday, September 28, 2005

HARI Q

Ini salah satu event paling gomen yang seingat aku la hehehe :-) Generally, Hari Q(uality) ni, is for the department's management to show appreciation to their staff, to award & honor staf yang cemerlang & berkualiti etc. Sup-po-sed-ly la.

Anywhichways, we had our Hari Q last Friday, a day before Hari Keluarga. Usually, selain dari acara biasa - you know la, baca ikrar Q, nyanyi lagu organization, nyanyi lagu perkhidmatan awam, kasik sijil & hadiah - we will have a short ceramah either by the department boss (beri penghargaan dan bakar semangat supaya staf jadi lebih rajin etc. Sup-po-sed-ly la) ataupun panggil penceramah luar untuk beri ceramah berkaitan menjalankan tugas dengan Q(uality).

This year, we invited Ustaz Wan Sohor Bani Leman. Yay! Ustaz hensem! Hehehe :-) Ehem, the handsome part tu actually beside the point la kan. The ceramah was interesting, macam 'kena' je. The gist of his ceramah was (1)buat keje dengan ikhlas & amanah (2)jangan mengumpat (3)Islam memandang seseorang sebagai berkualiti on a wholesome basis (4)jangan mengumpat (5)bahaya mengumpat (6)perempuan yang badan gempal lebih bernafsu dari yang terlalu kurus. Ehhh...???? Ha yang no. 6 tu, selingan je, tapi maybe betul kot? *wink wink* hehehe. Ustaz ni suka illustrate his points melalui cerita kisah2 nabi, so macam-macam kisah Nabi Muhammad s.a.w, A'isyah, sahabat2 etc.

Ambil iktibar dari ceramah Ustaz. Kualiti dalam Islam ialah secara menyeluruh, mesti buat baik sesama manusia dan dengan Allah. Takde gunanya jadi orang yang baik perilaku tapi tidak beriman kepada Allah. Dan tidak berkualiti juga jika hanya beribadat kepada Allah tapi tak menjaga hubungan baik sesama manusia. Kena ada IQ (intelligence), EQ (emotional), SQ (spiritual) dan PQ (physical). Maksudnya kena pandai fikir, pandai jaga perasaan (sendiri & orang lain), pandai dalam ibadah, dan pandai bikin serupa cakap.

Hmm... mula tadi nak tulih gak about how medem sabotage our Hari Q bila taknak berucap langsung untuk majlis ni walaupun dia akan hadir. Camana plak pada majlis untuk pengurusan award & honor staf cemerlang, bos plak taknak berucap? After that we all dah setkan menu jamuan (nasi beriani), tinggal nak reconfirm je ngan caterer, tetiba dia suruh kensel semua, gantikan ngan laksa johor AND nasi dagang. Then tetiba je pagi tu dia kata kat Chetun yang dia ada meeting (walhal diari meeting dia memang confirm kosong waktu tu) dia suruh kami start majlis dulu dan dia akan datang bila time Ustaz mula ceramah.

Also mula tadi nak tulih gak about how ridiculous the anugerah Q yang medem kasik tahun ni - bukan kasik kat saper yang keje rajin/cemerlang, instead kasik kat orang yang takde MC (ni OK la), orang yang paling kurang gunakan peruntukan perubatan (WTF?) and lagi 8 orang untuk Anugerah Khas Pengarah yang takde kriteria pemilihan ditentukan, instead nama penerimanya dipetik dari langit (WTFF???)

Aku sendiri dapat sijil & hamper on that perubatan thingy, tapi aku sedekahkan je hamper tu kat assistant aku, because I really fail to see WTF that has got to do with Quality. I mean, kebetulan tahun ni badan aku sihat, so aku pekerja kualiti ke? What about others yang tak pernah sakit but anak ramai and quota perubatan dia banyak habis kat anak, so dia pekerja tak kualiti sebab anak dia selalu sakit? {Oooppp... dah cukup le tu Jie. Kan Ustaz Wan Sohor Hensem kata, jangan mengumpat?} OKla OKla stop sampai sini je la hehehe :-)

1 comment:

- sharuLcyber- said...

Ada lagu Kualiti Teras Kejayaan tak bro... Ofis aku nak buat hari kualiti bulan depan ni... minus one ada la... susah la sket nak nyanyi...

Kalau ada tlg kasi erk... TQ