Wednesday, June 27, 2007

HANGKUT SEGALANYA

I am not a light traveller. Mana-mana pegi, kena bawak 'rumah'. Macam siput! Tapi bukan siput babi ye... ewwww :-P Bukannya apa, aku prefer to be prepared for any cases of emergency, or otherwise. Oh, bukanlah paranoid, cuma tak mahu menyusahkan orang lain kalau terjadi apa-apa. Nanti nak kena pinjam inilah, minta tolong itulah, kan susah?

Padanlah Mak Es kata beg aku macam beg Doraemon. Cakap je apa nak cari, seluk tangan dalam beg, dan wallah! Macam magik.




Padanlah kain 'lining' handbag aku ni koyak, banyak nor isi beg pun jadi berat. Harus kalau aku pegang tali beg ni dan hayun kena kepala orang, boleh jadi kena gegaran otak gitu.

Jom jom jom jom, jom tengok tengok..... apa ada dalam handbag aku?

  1. Wallet, of course. Di dalamnya? Duit, MyKad, Lesen Memandu, kad ATM, kad kredit, kad pembaca MPH, kad farmasi Vitacare, kad Real Rewards, kad appointment facial, gambar saiz I/C, resit-resit lama, resit ATM, baucer free gift entah apa-apa, dulu ada gambar 'dia' tapi sekarang takde entah mana hilangnya
  2. Handphone - ini dah kira wajib ni
  3. Digital camera - optional, tapi kerap jugak dibawa
  4. More receipts - dari Giant, Jusco, Carrefour, Tesco, resit pendua kad kredit, semuanya sampah je ni
  5. Bedak compact dengan cermin - biasalah, pompuan
  6. Lipstick, lipgloss - two different colours for different moods hehehe
  7. Miniature perfume - jarang guna, hadiah birthday tahun lepas tak habis-habis lagi nih
  8. Bekas contact lense & cermin mata - in case tetiba terpaksa tanggalkan lense tu
  9. Kunci - kunci rumah, pintu ofis, laci & almari di ofis, kunci kereta, kunci spare dan alat mematikan alarm kereta aku.
  10. Thumbdrive - penting nih
  11. Nametag ofis - sebenarnya kena pakai hari-hari, tapi aku simpan dalam beg je
  12. Emergency kit - safety pin, pin tudung, brooch kecik (in case aku terhilang/ terpatahkan brooch yang sedang dipakai), plaster, getah ikat rambut
  13. Buku Sudoku mini & pen - untuk saat-saat bosan hehehe
  14. Buku kesihatan - in case sakit dan kena pegi klinik panel
  15. Buku derma darah - in case terjumpa kempen derma darah kat mana-mana
  16. Eyedrops - in case mata masuk habuk
  17. Sunglasses - kadang-kadang ditinggalkan dalam kereta
  18. Jam tangan - taim tak pakai, disimpan dalam handbag
  19. Pad & spare underwear - for the obvious reasons.

Fuh! Ini baru handbag hehehe :-) Belum lagi tengok toiletries bag aku, segala macam tok nenek ada - cleanser, toner, moisturizer, sunscreen, berus gigi, ubat gigi, floss, kapas muka, sikat, kalau outstation ada sabun kecik dan shampoo sekali.

Beg baju kalau outstation, biasa je kot. Baju kerja, baju casual utk pakai malam, t-shirt & jeans, tudung dan skarf, baju tidur, stokin, pakaian dalam, telekung dan kain batik sehelai. Kalau masih ada ruang, aku suka bawa towel sendiri dan extra hanger baju. Oh ya, termasuk juga botol-botol saline, contact lense solution, deoderant dan beg plastik kosong. Dulu, aku akan bawa gambar Haziq, tapi la ni gambar Haziq & Danish dah store dalam handphone.

Kalau nak travel lama, aku akan bawa jugak beg ubat emergency - selalunya aku akan mintak doktor panel bagikan stok ubat selsema, lozenge sakit tekak, demam, diarrhea, oral rehydration salt, dan aku akan tambah dengan panadol, eno dan minyak angin atau vicks. Ada diselitkan juga nailclipper, gunting kecik dan benang & jarum untuk kes emergeny.

Satu lagi yang selalu aku bawa outstation ialah sebuah novel, boleh jugak isi masa perjalanan dengan benda berfaedah. Bila sampai ke destinasi, dah jadi habit aku untuk beli majalah. Huuu... macam-macam majalah, jenis yang aku takkan beli pada waktu-waktu biasa, seperti majalah hiburan, tabloid etc. Rasa macam membazir, tapi takpelah sekali-sekala.

Oh mannn... baru aku perasan betapa kroniknya penyakit siput aku ni! Harus aku kena jadik macam sotong yang ada lapan tangan untuk angkut segala benda-benda ni hahaha :-)

4 comments:

Kelana said...

Ermm.. now I know what a siput carries around in the shell. There's more than meets the eyes apparently. Hehehe... :-)

Dade Ghost said...

Jie kenapa aku komen tadi tak masuk??

Komen aku: Kira ok la Jie, sentiasa bersedia... tapi masih ada yg kurang... pepper spray dan tali.... banyak gunanya...

Jie said...

Salaam Kelana,

Hmm... if i were a real siput, im sure my shell would be XL size hehe :-)

Jie said...

Salaam DG,

Pepper spray n tali, yeah maybe these days have to be prepared for the worst ye? Boleh tak opt for gari rather than tali... multi-purpose mah hehehe :-)