Tuesday, January 17, 2006

GAMBAR KITA KAT DISNILEN


Awak awak... ari tu kan, kita gi Disnilen, kita jumpa banyak owang yang biasa kita tengok dalam katun kat tv tau. Kat mana Disnilen? Uuiiii... kat jauh! Kita naik kapeterobang, kita tido, dah bangun, dah tido balik, baru sampai tau.

Kat sana kita jumpa Miki. Kita dah lama minat Miki sebab kita ingat dia ni macho, tapi rupanya petot je dekat sama tinggi ngan kita.

Awak nengok Toy Story tak? Kita suka la Baz Laityer tu, walaupun dia penakut, muka bersegi, tapi dia ada roket, lagi best pada keta boipren kakak kita tau.

Kita pun suka Sinderela , sebab dia cantik. Tapi kita heran la, dia dok pakai kasut kaca tu, kaki dia tak melecet ke? Kalau pakai hari-hari mesti kaki dia naik kematu kan? Eh boipren dia Perin Chameng tu ensem awaaakk... kalau boleh kita pun nak boipren camtu. Tapi kan, kensel la, dia tu boya darat, pantang nampak pompuan cantik, isy isy...

Kita ada baaanyak gambar lagi sebab kita jumpa banyak katun. Tapi kan... kita ada amik satu gambar haram tau masa kat Disnilen. Uuuuuiiihhhh.... memang haram tahap najis mughallazah! Gambar peluk-peluk ngan yang bukan muhrim kita. Kita takut nak tunjuk kat mak kita gambar haram tu... tapi bila mak kita tengok, dia gelak aje. Apsal ek?



2 comments:

kaez said...

Apasal your face jadi kabuki dancer? I know la Memoirs of A Geisha tengah main kat wayang now,
or are you geisha melayu terakhir?

Jie said...

Tak mau la jadi geisha, muka tepung gomak hehehe