Saturday, January 21, 2006

UNWELCOMED PRIVITY

Bila lah ruang ofis baru tu nak siap renovate? Tak sabar nak pindah! Bilik officer yang aku kongsi dengan 4 orang staf lain ni, dah rasa melemaskan. Meja rapat-rapat, berjalan selisih terlanggar pungkok, fail atas meja atas kerusi atas almari atas lantai, sorang tapau nasi lemak - 4 perut lain berkeroncong sebab ambik bau. Unwelcomed privity!

Tapi ada satu yang paling aku tak tahan - Bosan. Jemu. Jelik. Menyampah. Meluat.

Ada sekor jantan yang berlagak romeo, asyik main talipon dengan macam-macam pompuan. Kerani department lain. Staf pompuan panel service provider. Junior dia masa kat uni. Kawan satu kelas dulu. Kawan dia punya kawan satu kelas dulu. Kawan dia punya ex-awek. Pompuan yang dia jumpa kat karaoke. Agaknya kalau aci cleaner tu muda sikit, pun dia usya jugak.

{ hey babe, it's a free country, suka hati dialah Jie ooiii..... }

Masalahnya aku kenal bini dia, tengah sarat mengandung pun sekarang. Kalau bini talipon, suara dia mesti naik satu octave punya, manjang bini kena tengking la, marah la. Nak pinjam duit bini, nak suruh bini bayarkan duit talipon dia, pun suara dia masih naik satu octave. Baru dua minggu lepas dia mengamuk dalam talipon kat bini dia, sebab bini dia terjumpa sms dari pompuan lain. Bila bini dia ask about it, dia tempelak bini dia sebab berani bukak handphone dia, pastu dia ugut nak cari awek kalau bini dia tak percaya kat dia. Aku angkat punggung, blah dari bilik tu, tak sampai hati dengar dia maki bini dia dengan 'babi'. Ha'ah yelah panggil bini tu babi, malam karang yang babi tu jugak la kau peluk sebelum tido, kan?

Privity is usually a privilege, but in this case, privity is a curse! Bila lah ruang ofis baru tu nak siap renovate? Tak sabar nak pindah!

10 comments:

B0redSam said...

Hi Jie,

Hahaha..why is it that always without fail we can differentiate between a call from the other half and a call from someone else by the tone of the voice? ...but calling names macam you sebut tu...ai-seh...depan orang pulak...hmmm...tak semenggah betul.

kaez said...

Jie,

Pakat ramai-ramai korang corner and sound aje mamat tu. Kot ye pun nak buat perangai, cari le tempat lain, not the place where your rezeki is, nanti tak berkat.

b0redsam,

ini kes bukan tak semenggah, this is outright kurang ajar! Patut dicili aje mat tu ...

JoKontan said...

Ini macam punya orang pun adakaa?

Adeeehh

Jie said...

Hi Sam,

Entahlah kenapa mesti 'pitching lari' kalau cakap ngan other half tu hehehe biasalah lakibini mesti la ada gaduh, it's the spice in the marriage kan. But name-calling is so juvenile la, tak macho sungguh!

Jie said...

Hi Kaez,

Whoa nelly! Rilek ah jangan emosional, macam sis-tersin-islam plak hehehe. We're trying very hard to mind our own business la, klu idak dah lama mamat tu makan tomyam kasut.

Jie said...

Hi JoKontan,

Kisah benar, bukan rekaan semata-mata, ada kena-mengena dengan yang hidup tapi tidak yang mati :-) Sad, innit?

lilyliverbird said...

Jie,
You are very patient. I would have socked him one!!! Kurang ajar giler...sure small dick, sebab tu nak tunjuk macho terlebih.

Rostam Effendi said...

I can sympathize with you. Sebab belum bule pindah ni, u amik la file banyak2, longgok atas meja kamu, jadikan partition.

Heran kan org mcm ni pun ade? Ermmm... aku pun ade kekurangan... tak elok kutuk org lain...

Jie said...

Hi Lily,

Sorry I can't verify the size of his thingy hahaha :-) Maybe by showing off his kununnya 'power', he IS compensating for something else eh? *wink*

Thanks for dropping in, come by often!

Jie said...

Hi Rostam!

Kerja memang berlambak, kekadang dengan sendirinya terjadi tembok besar china kat atas meja hehehe :-) Tapi tulahnya jauh di mata, dekat di telinga. I try to tune out others' voices especially dalam kes macam ni, but susah coz our desks are so darn close! Bukan la sengaja nak kutuk, tapi hari-hari jumpa ini busuk punya worang, mesti la loya kan? *wink* ahaks