Friday, July 21, 2006

KOMPETEN KE?

Dulu, kita sibuk sangat dengan Balance Score Card. Maka berkampunglah kita 5 hari di Genting Highlands, kemudian di Port Dickson, sampai 4 orang wakil tiap jabatan, dikerah memerah otak untuk isi kotak-kotak carta dan anak panah dalam hand-out yang diberi. Then one year down the lane, BSC pun dah go down the drain...

Lepas tu kita sibuk dengan k-worker. Maka setiap ucapan yang dibuat oleh pihak pengurusan, pasti diselitkan perkataan 'k-worker' tu. Dan orang bawahan yang mendengar ucapan pun ternganga-nganga dengan bahasa bombastik bos-bos kita, tapi sampai la ni masih tak faham apa itu k-worker...

At the same time, kita sibuk dengan menegak-melintang-mendatar. Maka kak nam-kak nam pun asyik meneliti carta skala gaji jawatan masing-masing sambil menekan kulkulator dan muncung mengomel-ngomel. Yang aku nampak, sikit yang menegak, banyak yang mendatar, tapi kerja pulak banyak yang melintang-pukang...

Sekarang ni sibuk PTK pulak. Betul ke boleh ukur tahap kompetensi kakitangan kita? Masalahnya kita terlalu rigid, diuji mengikut skim jawatan dan tidak diambilkira tugas hakiki terkini. Kalau seseorang masuk kerja dengan diploma dan berjawatan Pen. Pegawai Tadbir gred N27, kemudian beliau buat degree dalam bidang IT dan menyandang jawatan sebagai pegawai IT , tapi beliau akan kekal dalam skim 'N'41 (Pegawai Tadbir) walaupun tugas hakikinya adalah Pegawai IT (F41). Jadi bila PTK, beliau diuji dengan kerja-kerja pegawai tadbir N41 yang tiada kena-mengena dengan tugas hakikinya. Uji kompetensi ke tu namanya? Tak logik langsung!

Susah la, semuanya nak ikut-ikut orang, tapi perlaksanaannya belum tentu baik. Tapi, Aiman tak kisah.... untungnya ialah penggubal dan pemeriksa kertas soalan yang dibayar elaun khas peperiksaan, 2 kali setahun, mesti ada masyuk side-income... hehehe yang terbaru ni exam PTK dibuat 4 kali setahun... pakcik kayo!

^ Jie bosan sebab ari tu baca nota tebal-tebal bagai nak rak, tapi haram jadah tak keluar pun dalam soalan PTK... ergghh ^

6 comments:

Anonymous said...

Jie,

Like ur writing.

I have no idea how the govt ppl work but it those that I dealt with seems to have a lot of work and committed to their works.

I know a govt engineer who has been in the service for 20 years but so far have failed to go up the ladder because he failed the government procedures exam and yet there are some juniors who manage to pass the exam and got their promotion.


Rgds,

kna

JoKontan said...

Kat sini at least we are clearer, especially on the bonus issue.

amek e-exam, certified dapat 3%
ikot safety course, passed exam dapat 4%.
Follow revenue budget, 100%, dapat 12%

On the average Gaji naik ikot inflation rate + 1% (increased quality of life). Yang terror tuu dapeklah 7-8%. Underperformer kena tendang. Below average performer dapat la 2%.

Jepun jer tokleh gii. No office there ..

No komplen here. :-)

Izhal said...

dah agak dah, ada orang2 yang sentiasa syok ngan kursus2 ni... hahahaha... dan juga caterer, orang2 logistics, hotel2, oh lupa,kroni2 mmang suka buat kursus2 untuk kami ;)

Jie said...

Kna,

Tengkiu, mai la selalu :-)

Just like in any other organization or company, there are those who are committed to their work, and those who are otherwise. With the latest PTK thingy, there is a very high tendency for juniors fresh out of college to supercede the seniors.

This is because the exams are more academic than practical, therefore those young scholarly minds can easily read & memorize the reference books. Meanwhile the tired old karat-brain like mine, have much work experience tapi dah susah nak menghafal, hence lower marks in the exams. I should know, I am both an exam-question drafter and an examiner, and am soooo un-proud about this :-(

Jie said...

Jo,

At least at ur place, amik kira both academic (exam) and actual work process (adherence to budget). Fair distribution of bonus, happy workers, more productive company, kan? Good for you!

Dapek bonus tahun ni, buat la bbq party for bloggers, jangan lupa jemput aku hehehe

Jie said...

Izhal,

Looking at the positive side, banyak business opportunity untuk usahawan - caterer, hotel etc. Tapi aku boring (tapi bukan jaki tau) dengan orang training dept yang amik peluang, Kononnya jadik penyelaras kursus so kena turut bermalam kat hotel, pastu hangkut anak bini sekali bercuti-cuti mesia... blueeek!