Sunday, July 16, 2006

PASARAYA BOTA

Puuhhh... lama tul aku tak apdet belog (pinjam kat jokontan). Tonnes of excuses, but why should I try to justify that to myself? Sobab alasan yang sobonaeh, maleh yo hehehe :-)

Semalam gi pasaraya Bota, beli barang dapur sikit. Apa itu Bota? Tak, bukan tempat kat Perak tu. Bota yang ni asalnya satu kedai runcit kocik yo. Dari dulu, dekat ngan rumah aku ada sebijik, kami selalu gak membeli di situ sebab pilihan barangannya leh tahan, ada kelas gitu. Yelah zaman aku sekolah dulu, kalu nak buat spaghetti, ada duo tompek yo jual spaghetti mentah ni, samada kat TMC Bangsar, atau kedai Bota yang sepelaung je dari rumah aku. Kedai Mutusamy ke, Kedai Runcit Ah Kor ke, jual majerin planta je, takdork spaghetti atau mozarella cheese. Then, masa kedai ni tengah boom, kedai ni dijual kepada satu syarikat matleh, manakala tokeynya migrate ke Australia ke Kanada ke, aku dengar cerita orang la.

Anyway, it used to be the friendly neighbourhood store. Now, not anymore. Oh, that particular kedai bota kecik is still there walaupun abangnya bota hyper ada dibina betul-betul kat belakang bota kecik tu. Tapi bota kecik tu dah tak friendly. Dulu siap boleh kenal muka akak cashier yang selalu senyum kat aku, tapi sekarang sampai aje kat entrance dah kena jegil dengan pakgad nepal - aku agak la nepal, sepatah haram cakap melayu ke inggeris ke, dia tak faham.

Dalam tempoh beberapa tahun yang singkat ni, bota ni dah beranak-pinak dan anaknya bertaburan seantero negara, dari Bayan Baru nun di utara sampai ke Plentong di negeri selatan. Tu baru anak yang hyper, anak yang super plak dah naiki bilon sampai ke Miri, kat Karamunsing pun ada tau. Tiga-empat bulan lepas, aku dapat kejutan bila pegi ke Atria. Memang aku dah lama tak ke sana, so ingatkan saja nak jalan kat parkson. Lak eh, rupanya parkson pun dah kecundang di tangan bota yang sekor ni...

Tapi itulah, bota ni memang menawarkan harga barangan yang kompetetif, tapi kualiti barangan... dah Jie, jangan komen lebih-lebih, nak kena saman ke? hehehe :-) Kita pun sekarang ni agaknya dah jadi masyarakat 'pakai-buang'. Beli barang untuk digunakan hari ni aje, esok bila rosak, campak je dan beli baru, bukannya mahal pun kan? Lagipun kita sekarang selalu mengejar masa, sebab tu senang kalu pegi bota hyper, bukan setakat 3-in-1, tapi segalanya ada kat sana. Oh ya Lily, i-Gallop pun ada jual kat outlet dalam bota hyper, kan? hahaha...!

Sekarang, kalu aku ada banyak masa terluang dan aku nak cari barang yang berkualiti dan pelbagai, aku prefer pegi ke Bangsar Shopping Centre. Masuk ke supermarket, cuba kira berapa jenis tomato yang ada dijual... lalalala... rambang mato den, rabak poket la plak :-P

2 comments:

Izhal said...

familiar gila la namapasaraya bota ni...

JIE said...

Hi Izhal,

Kalu pasaraya ni bukak cawangan kat Hamamatsu, harus diberi nama pasaraya Kyojin... ahak..ahak... aku tengok kamus nihongo tadi :-)