Saturday, October 10, 2009

SORRY, NO HELP U

Kejamkah aku, menolak permintaan bantuan dari seseorang secara point-blank?

Orang yang pernah menangguk cintaku selama lebih tiga tahun, di saat bodohku yang baru melangkah dari alam pelajar ke alam kerja, dari alam remaja (plus plus) ke alam dewasa. Dia bijak merangkul tangkai jantungku, pandai bermadah rupanya berhelah, kerana dia memang lelaki yang berpengalaman! Apalah dayaku seorang budak hingusan dalam bab berkasih, pasti tewas dengan ayat-ayat cinta seseorang sepertinya! Saat aku diberitahu statusnya, hatiku luluh, tetapi.... aku suci hati percaya yang cintanya ikhlas walaupun rintangan terbentang di depan mata, sehingga satu peringkat aku telah redha berkongsi kasih.

Hampa. Aku rupanya hanya boneka buat mengisi waktu lapangnya. Mujurlah modal perhubungan itu cuma hatiku sahaja, bukannya jasad *ngeri*. Di akhir episod itu emosiku terkapai-kapai, berbulan-bulan berendam air mata. Dua tahun selepas itu, dia menghantar email untuk menyambung semula perhubungan, dan bila mengetahui waktu itu aku akan bertunang, menghantar pula email kedua mengatakan, "tak mahu kawan tak apelah, saya memang dah jumpa awek pengganti awak".

Dua hari yang lalu, aku dapat panggilan telefon di pejabat, "Ini Jack, kawan u, ingat saya?" "Saya nak minta tolong pada awak, tolonglah saya mohon sangat, saya nak pinjam seribu... hari ni hari terakhir saya kena..." Dan dia menangis.

Haruskah aku simpati dengannya?

Aku tidak berdendam kepadanya, walaupun aku rasa victimised. Tetapi aku juga tidak dapat memaafkannya kerana dengan sengaja telah membazirkan segala kasih yang kucurahkan, membazirkan lebih 3 tahun waktu mudaku. Lost innocence can never be replaced!

Maaf, kita sekarang tidak ada kena-mengena lagi.

Banyak chantek muka lu, dulu main-mainkan hati gua, sekarang mau minta pinjam duit. Porachit!

1 comment:

Ainur68 said...

Kengkadang cerita predictable, kengkadang tak predictable. My love story...last for 3++ years, he dumped me. OK, I found another guy, got married for 18 years now. And then what's next...my ex came back and apologies n told me that he miss n still loves me. What seems the problem huh? I still love him huhuhuhu...
Life is soooooo unpredictable!