Sunday, January 04, 2009

HANTAR-HANTAR-AN

Aku tak faham sungguh pompuan ini, serta mak-bapak pompuan ini :-

(1) Pompuan ni kata, taknak buat majlis atau declare 'bertunang', tapi jemput pihak lelaki 'datang bincang' dan mintak pihak lelaki bawak cincin. Oiiii..... taknak declare bertunang, tapi tak malu pulak mintak cincin? Udah le masa merisik dulu, dah diberi cincin, la ni pun mintak satu lagi cincin (cincin berlian lagi gittew uols... harga dua ribu lebih, tapi ada diskaun... terima kasih Habib Jewels yang buat sale hujung tahun huuuhuuu!), tapi taknak ngaku itu cincin tunang?

(2) Pompuan itu tanya berapa dulang barang hantaran yang pihak lelaki nak bawak, dan pompuan itu pun dah sediakan hantaran balasan. Seriosa la deknon, ada ke, takde ke, majlis bertunang ni? Ahkak kompius abes! Dan tambah kompius, hantaran lelaki 5 dulang, dibalas 8 dulang... err.... kalau hang orang kampung yang faham adat, mesti hang tau yang bilangan dulang hantaran selalunya nombor ganjil, kan?

(3) Mak-bapak pompuan ni, dari awal lagi dah bagitau mak-bapak lelaki itu, hantarannya RM8,000, non-negotiable. Amboi mahainya.... pak hang ni juai anak ka? Harus standard jual kat shopping complex, sebab fixed price, tak boleh tawar-tawar macam kat pasar malam kan? Tapi tengok le keadaan chek oiii.... dua-dua baru kerja 1-2 tahun, mana la banyak kumpul duit lagi? Keje pun biasa-biasa, executive ngan kerani je.

(4) Tapi memandangkan hantaran tinggi, pompuan itu setuju kalau lelaki itu kasik RM5,000 je, dan pompuan itu akan top-up sendiri RM3,000 lagi. Ehhh? Boleh main top-up pulak ye? Kalau gitu, awat tak set aje hantaran RM5,000? Senang citer, mak-bapak lelaki itu pun lega, dan hang sendiri pun tak yah keluaq duit untuk top-up hantaran diri sendiri.

(5) Memula sebut maskahwin ikut rate biasa, tapi bila masa 'majlis bertunang-tapi-taknak declare bertunang' tu, mak-bapak pompuan itu letak harga maskahwin RM1,184. Aik? OKlah walaupun Majlis Agama Negeri hang takdak set harga maskahwin, tapi biaq la lebih-kurang ngan state lain.... paling tinggi Sarawak RM120, paling rendah Pahang & Johor RM22.50. And what's with the wierd (intentional!) 1184 figure? Itu nombor ekor Magnum ke?

Correct me if I'm wrong, OK.

Kalau dah bertunang, kenapa nak sorok? Kan ke elok kalau orang tahu, so takde le jejantz lain yang akan cuba tekel tunang @ bakal bini orang tu kan? Lagipun, dah mintak dan dah dapat cincin berlian, takkan kau sorok cincin tu, mestilah dipakai dan ditunjuk kepada umum kan? Takkan mahu display cincin tapi taknak declare tunang?

Maskahwin = Mahar = Pemberian wajib dari segi syarak, dari suami kepada isteri yang baru dinikahinya, kalau tidak dijelaskan, akan menjadi hutang. Amaun yang ditetapkan oleh majlis agama tu adalah minima, and of course boleh beri lebih dari yang minima tu, sebagai tanda kasih dan penghargaan ikhlas suami kepada isteri.

Wang Hantaran = Pemberian mengikut adat, bukan wajib pada hukum syarak. Biasanya diberi kepada keluarga perempuan, untuk membantu meringankan kos majlis perkahwinan.

Kalau dah begitu hukumnya, yang wajib itu wajiblah, tapi yang tidak wajib tu, biarlah sesuai dengan keadaan semasa dan kemampuan pihak berkenaan. What's the point of setting harga hantaran tinggi, tapi sebenarnya dapat separuh je, dan separuh lagi kena top-up sendiri? The only reason I can see is Ego/Vanity - nak tunjuk kat orang kampung yang walaupun pompuan tu asal dari kampung yang solok dan keje kerani je, tapi dapat 'tangkap' lelaki yang berada. So much for budaya melayu merendah diri - pfffttt!

Mak-bapak pun, pikiaq la sket. Hangpa suka la dapat duit hantaran RM8,000, belanja kenduri hangpa beres. Tapi bakal menantu hangpa tu nanti, balik KL lepaih nikah, kena keluaq duit lagi untuk kenduri belah lelaki. Lepaih tu, keluaq duit cari rumah sewa, keluaq duit lagi beli katil, kerusi meja dapoq tv bagai, keluaq duit lagi bagi nafkah kat anak hang, keluaq duit lagi bayaq kereta, minyak, tol. Berapa sangat la gaji depa kalau dibanding kos sara hidup kat KL?

Jangan sampai dah beranak-pinak, or worse case scenario, sampai bercerai-berai (na'uzubiLlah) tapi loan Bank Rakyat yang diambik masa nak kawin tu, masih tak habis dibayar, isk isk.......

Sampai la ni pun aku masih tak faham pompuan ini, serta mak-bapak pompuan ini.

2 comments:

Unknown said...

Hehehe....

kadang2 pompuan tu x nak ngaku dah bertunang sbb nak try to catch a bigger fish, but yet in the same time berkehendak ke cincin orang. Tu yang jadi mcm nih!

JIE said...

Salam verse,

Laa... that's such an insult to the guy and his family! Hampeh tul hehe :-)