Tuesday, November 04, 2008

SECOND CAR


Angah & Bangah dok reccy kedai kereta sekitar PJ & Shah Alam, nak beli second car. Their existing car is a 7-seater MPV, sebab kalau berjalan tu memang berhangkut dengan anak-anak, maid & barang-barang (dan selalu jugak aku pun menebeng ikut diorang berjalan hehehe).
Second car ni is for Angah to drive to & from work, dan untuk hangkut bebudak gi tadika ke, kedai ke, bila time-time Bangah takde kat rumah la. Memandangkan depa ni semua kaki panjang dan besar saiz anak gajah, kena carik kereta yang bersaiz sesuai la. Dan memandangkan anak-anak Angah yang lasak, kereta kena ada safety features yang bagus.

Angah suka Honda CRV, tapi mahal sangat as a second car. Angah punya second choice Suzuki Grand Vitara, interior luas dan smooth driving, tapi exterior tu tak sporty, macam kotak sket. Aku suggest Toyota Rush, tapi cc kecik untuk saiz kereta - 1.5 cc untuk 7-seater.

Pakcu mencelah "Angah, pakcu tau kereta apa yang enjin bagus, ruang luas, dan paling selamat sekali, orang tak hijack kereta ni."

Kami toleh ke Pakcu, "Kereta apa?"

Pakcu dengan muka selamba kodok "Black Maria"

Cikobeng betul hehehe :-)

6 comments:

pB said...

salam Kak Jie


pB pun dok berkenan kat RUSH tu


tapi kalau ambik RUSH , kena tolak UNTA ....


alahai ....

aNIe said...

Salam jie...

Baik dia kata 'Black Maria' dia tak kata 'kereta lembu'...hehehhe

Akak tak pernah tengok lagik Rush tu...

JIE said...

Salam pb,

Rush tu design ladylike & utk city driving, sesuai sangat untuk hantar anak ke sekolah atau gi shopping, kan? Err... UNTA tu apa? hehe

JIE said...

Salam kak lady,

Kalau kereta lembu, susah nak parking, sebab kena cari parking lot atas rumput hehe :-)

VersedAnggerik said...

Your Pakcu has got a dark sense of humour! I like....

Hehehe......

JIE said...

Salam verse,

There are lawyers among my siblings, and then there's loyar buruk like pakcu hehehe :-)