Monday, November 17, 2008

MACAM SIUT

Hari Jumaat, menapak jauh sikit untuk makan tengahari. Biasalah keje gomen, waktu rehat hari Jumaat kan panjang sikit.

Dah berbulan-bulan tak makan ayam peri-peri. Jadi aku pun singgah la di restoran ayam peri-peri di Sogo. Huh. Servis lembab nak mampus, dah nak habis ice-lemon tea segelas aku minum, baru dapat ayamnya. Tak apa, aku maafkan, sebab ice-lemon tea tu boleh refill... hehehe. Sementara tu, pelanggan kat meja sebelah dok merungut. Udah le kena tunggu lama, pastu waitress silap hantar order pulak. "Ni table service ke, atau nak suruh kita self-service?" kata akak tudung merah tu.

Lepas makan, aku panggil sorang waitress, minta bil. Oh, cuma RM23.90. OK, aku hulurkan RM24.00. Berapa bakinya? Ya betul, 10 sen aje. Tak apalah, aku kira halal jelah 10 sen tu. Aku pun bangun dan menapak keluar dari restoran peri-peri tu.

Tetiba depan orang ramai tu, ada satu waitress bangang dengan suara kuat kata "Oiiii... tu dah bayar ke belum?"

Aku toleh belakang dengan mata buntang.

Nasib baik sorang lagi waitress signal kat si waitress bangang tu "dah bayar la!"

Kalau tidak, mau aje aku tuang sebotol sos peri-peri kat kepala waitress bangang tu.

Macam siut.

4 comments:

Ir. Hanafi Ali said...

Depa marah awak ambik gambar tu kot.

Kalau saya, saya tengking balik la.

Api lawan api.

Anonymous said...

sungguh indah budi bahasanya itu. sokong acara siram peri peri !

JIE said...

Salam hansac,

Oh takdelah sampai nak tengking hehe :-)

JIE said...

Salam abanglong,

Tulah service industry kita ni kureng la, padan la orang suka lepak mamak sebab waiter mamak tak buat gitu. Atau... kalau dia buat pun, kita tak paham, takdelah sakit hati huuhuuu!