Sunday, May 04, 2008

RECENT HAPPENINGS

Blog post yang caca-merba :-)

Had a reunion dinner of sorts dengan 4 old friends, my first friends masa mula kerja back in the late-90s *alamak! rasa tua!* Seronok catching up with latest news. Ada yang dah kurang rambut, ada yang dah beruban di janggut hehe, age is also catching up! Aku? I'm the youngest of the lot, so aku leh eksyen lagi ngan diorang hehe :-) Dinner kat Restoran Rebung, too bad the handsome angkasawan wasn't there *bummer*, but the food is really good and the chef is friendly, although dia paksa some of us to nyanyi karaoke hehe... sumbang!

Talking of eating out - Kelana Seafood has closed down for good on 30th April. Reason? The property which they have been renting all this time has been bought over by Glomac (I think) and will be redeveloped. Kesian. Walaupun food diorang taklah best in the world gitu, tapi boleh tahan gak la. Agaknya kalau pegi makan sana on the last day, ada tak depa bagi bawak balik pinggan mangkuk lepas makan? Huuhuuuu...

Parliament sessions live broadcast - ok ke tak ok? Takut penonton lak confused - tengok persidangan betul ke, atau tengok movie Planet of the Apes? Bigfoot lah, big monkey lah. Yang dulu panggil bloggers 'monyet' tu, sekarang majoriti YB semua dah ada blog... camno? Tulah terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, sama-samalah memberukkan diri sendiri. Apa-apapun, kali ni aku kena duty parlimen lambat sket, 2nd June. Anyone going to be around there on that date? Leh join aku for lunch hehe :-)

Tower of Cancer kat SS3, Kelana Jaya - betul ke? Wallahua'lam, it's being investigated now. But some of mom's friends living around that area memang ada yang kena kanser, two of them passed away recently. Ada satu kes tu, sampai 3 orang yang tinggal dirumah sama, kena diagnosed with cancer within a year. If these cases are related to that communication tower, tak heranlah kebanyakan yang kena tu pensioners, sebab diorang yang akan duduk lama kat rumah masa kita keluar bekerja *sigh*. Is there any Erin Brokovich out there, tolong check sikit, boleh ke buat class action untuk kes ni?

MPH Book Sale in Kelana Jaya - teringin nak pegi, tapi takde bajet la bulan ni. Sebab kat Pesta Buku ari tu dah borong sket, weekend tu pulak borong buku kat Borders *pokai!*

New minister - baru nak rasa lega, tapi rupanya mamat ni lebih agresif dari yang dulu hehehe... aku harap sangat, jangan tabur janji dalam majlis ke atau dalam media sebelum bincang dulu dengan agensi pelaksana, sebab kalau turn out janji tu tak boleh dikotakan, penat kitorang kena hambat dengan public.

My house kat Subang tu, dah dapat tenant baru. Aku dah bagi kunci mid-April ari tu, depa dah pindah masuk. Esok gi collect deposit & sewa bulan Mei, yay! :-D Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk tidak melangkah ke Jusco ke KLCC ke Sogo ke, sebaik saja cek deposit tu ditunaikan! :-)

Maiwaibee ada buat sesi pemimpin berjumpa rakyat, last week. Macam menarik gak, sebab dia turut jemput lain-lain Waibee, termasuk Nurul Izzah yang comel tu hehe. Abah kata nak pegi, ibu tak kasik, "nanti kalau kena tahan polis, dengan kita sekali kena bungkus..." Tapi sekarang kat Selangor, depa bukan pembangkang dah, takkan polis nak tahan kot?

Lately ni ada rasa mood agak menurun sket, God forbid, tamau go into that downward spiral thing again! Kena carik aktiviti to fill my time la. Currently trying to read motivational books, selain dari novels je. First attempt - The Secret. Next one will be La Tahzan, insyaAllah. Any other suggestions?

Have a nice weekend, everybody!

4 comments:

aNIe said...

Salam Jie...

Restoran Kelana Seafood dah tutup? Hmmm...hari tu baru anak nak ajak pi sana...Rebung tu pulak kepunyaan chef Mail kan? Memang chef tu peramah...terliur bila teringat katanya ada masak perut dengan rebung di restoran tu...

Kalau pasal buku ni...akak banyak baca novel...kelmarin ada beli buku Jadilah Wanita Paling Bahagia tapi tak baca2 lagi...masih ada 2-3 buku yang dibeli tak berusik...asyik melekat dpt komputer ni aje...hehehe

Anonymous said...

its atenahabdullah@yahoo.com. i will try to emel u my cell fon no. but have to warn you may is busy gila.

JIE said...

Salam Kak Lady,
Ha'ah Chef Ma'e. Yang bestnya, menu dia tu lauk kampung yang susah nak dapat kat KL... masak lemak telur itik, kerabu perut, rebung, daging salai, terung rembang... meleleh air liur hehe :-)

Kelana Seafood tutup - apa agaknya diorang buat ngan ikan besar dalam akuarium tu ye? Ikan Arapaima dari Amazon tu...

JIE said...

Salam atenah,
Hope to speak to or chat with u soon :-)