Friday, April 18, 2008

POSITIONS

Aahh... errghhh... oohhh... hfff.... pfffhhh... aarrghh... heavy breathing

Kejap mengiring... kejap terlentang... meniarap pun ada...

On all fours... tunduk kepala... angkat kaki kanan, stretch it out, yes!

Macam-macam position boleh... ikut kreativiti...

Last-last aku tergolek kepenatan...

Hahaha.... tu bila aku buat senaman pilates kat gym la... korang pikir apa? :-)

Sebenarnya aku dah join gym ni dari tahun lepas lagi, sebab aku nak jadi dari gambo kiri ni jadi ke gambo kanan. Tapi so far... far from reality... hahaha :-)

Gym. Memula tu OK aje... rajin ke gym at least 3 kali seminggu... pilates, machines etc... weekend pulak dance exercise... seronok tau!

Pastu, bulan posa... isk... letih + takde masa + entah apa-apa lagi alasan la, tapi sebenarnya malaaaasss... so aku telah isytihar Cuti Dari Gym Sempena Bulan Puasa untuk diri aku sendiri.

Bulan berikutnya, sambung pulak Cuti Dari Gym Sempena Bulan Raya... bukan setakat bulan Syawal je, melarat pulak sampai Zulkaedah, sampai Zulhijjah, sampai Muharram... sampai sekarang haraaaammmm tak pegi lagi hahaha :-P

OK, sekarang aku dalam dilemma. Tolong kasik idea, boleh?

Gini. Gym A yang aku join tu, di Taman Tun. Rumah aku di Kelana Jaya. Kalau tak jem, aku pecut keta, dalam 4 minit leh sampai. Masaelahnya aku akan ke gym selepas waktu ofis, so dalam kul 6.30 petang onwards, which is peak time kat highway tu. So dari 4 minit jadik at least 20 minit, and an additional 10 minutes untuk tawaf carik parking, sebab gym tu terletak di kawasan yang heavy traffic juga, farking problem parking muuaahaha... (busuknya bahasa aku hari ni!). Kalau dah sampai lambat ke gym, kenalah maghrib kat sana sebab takut tak sempat nak solat kat rumah. Leceh la pulak, dengan berpeluh-peluh tu nak sarung telekung...isy.... Lepas tu balik nanti pun ikut nasib-nasib, kekadang jem, kekadang OK.

So ari tu aku cuba survey kawasan sekitar rumah aku... ada 2 gym, Gym B dah a few years, Gym C baru bukak last year. Aku belum lagi pegi visit, tapi ada kawan yang biasa ke Gym B kata ok aje, tak banyak machines, tapi ada aerobic class & personal weight training. Gym C pulak, aku tengok dari website, macam best. Ada 2 tingkat, satu untuk machines dan satu untuk aerobic, yoga & dance class. Kedua-dua Gym B & Gym C ni dekat sangat, no excuse kalau tak pegi, dan parking untuk Gym C pulak free dan banyak space.

So... aku tak sure, should I :-

(1) stay with Gym A yang aku suka tapi tak convenient menyebabkan aku malas nak pegi, atau

(2) try Gym B yang convenient tapi dah lama, tak banyak machines tapi monthly fees sama dengan Gym A, atau

(3) go for Gym C yang baru & better facilities tapi mahal monthly fees nya?

I must, I must go to the gym again, a.s.a.p!

Tolong laaa.... aku tak mau jadik cam gambo bawah ni!!!!


Cegah Sebelum Parah
Hahaha... :-D
Suggestions, please?

6 comments:

Dr. Shaikh Mohd Saifuddeen said...

Aaaaa... why is it that pic with the caption "cegah sebelum parah" reminds me of chocolate muffin dekat Kenny Rogers?

Idham said...

nak bagi cadangan camna aku tak pernah pergi gym. aku kerja lukih ajer tau la
Idham
Xpression

Ir. Hanafi Ali said...

Last picture tu is usually a "fertility doll", associated the fertile-ness of a woman.

Throughout the ages, perempuan gemuk is a sign of wealth, of good upbringing (sebab dulu-dulu golongan bangsawan saja yang mampu duduk tak buat kerja tapi makan sepanjang hari).

So if you're fat, bersyukur lah.

JIE said...

Salam Kelana,

Same cookie dough as the gingerbread man, tapi terlebih baking powder... hahaha! :-D

JIE said...

Salam Idham,

Nanti aku dah kurus giler, nak mintak hang tolong lukih potret aku, boleh ye... :-)

JIE said...

Salam Hansac,

Ding ding! Yeap, it's a fertility doll, called the 'Venus of Willendorf', carved from limestone dari zaman dulu-kala. Didn't expect anyone to pick-up that fact... aiseh, respek la bro hehe :-)

Oit, gua berisik, tapi tak ler se'mon' macam tu okkay!