Thursday, April 03, 2008

BATIK DAY

"Zah, esok hari apa, Rabu ke Khamis?"

"Esok err... hari Batik"

Hmm... kalendar dah berubah ke?

Aku ni selalu la kantoi, lupa nak pakai batik pada hari Khamis. I'm not sure if any disciplinary action would be taken against those yang tak pakai batik on thursdays, since gomen dah keluarkan circular untuk mewajibkan pemakaian batik tu. Tapi, remeh la kan? Daripada kejar orang yang tak pakai batik, lebih baik kejar orang yang makan rasuah ke, selewengkan bayaran ke, palsukan tuntutan elaun ke, kan? *LOL*

Yang kelakarnya, prestasi 'berada di ofis' yang sungguh cliche untuk orang gomen tu, somewhat lebih baik dari hari lain. Yelah, bila semua dah pakai batik tu, rasa malu la plak nak berbondong-bondong lepak kat kedai mamak, pasti menarik perhatian orang awam hehehe :-)

Anyway, last Thursday aku sebenarnya lupa lagi. Sib baik la aku carpool, so bila kawan aku tu masuk dalam kereta, dia terus aje tegur "awat tak pakai batik?" Adeeehhh.... terpaksa la aku balik ke rumah, tukar baju. So, lewat 2 minit sampai ke ofis, punch card merah! But I'm glad I did change my clothes, sebab tetiba lak Menteri baru decided to drop in on us! Memang dah tau dia nak datang ke agency aku for briefing by the DG, tapi tak tahu le pulak dia nak singgah kat department aku! Turns out, he knows my boss, because they had at one time worked in the same office, sebab tu dia nak singgah. Kelam-kabut la kitorang, of course when the Minister drops by, the whole shebang had to follow him, including the DG, the chairman, senior officials, political secretaries etc etc.

OK, back to the batik story. Lately ni memang banyak sangat batik creations from all kinds of fabrics and designs from Kelantan & Terengganu. Tapi aku heran, orang state lain, tak reti ke nak buat batik? Of course you need creativity, but the art and technique can be learned, can't it? Tak kisahlah batik dari state mana pun, but the more the merrier la kan. And perhaps it can help control the prices. Bukan semua orang gomen can afford to have many baju batik, sehelai batik silk or crepe yang cantik sekarang ni pun paling murah antara RM250 - RM350. Dah hampir separuh gaji bebudak kerani sambilan aku.

Personally, aku tak banyak baju batik yang mahal. Sebabnya, aku ni manusia ganas where baju kurung is concerned. Kalau pakai baju kurung silk, kejap-kejap aje dah tetas atau rerak jahitan bahagian tepinya hehe... unladylike kot cara aku, kejap duduk kejap bangun. Cheh! :-)

No comments: