Thursday, October 25, 2007

PUSARA

Kebiasaan aku, pagi hari pertama Syawal, pasti akan menemani Makngah dan Achik mengunjungi pusara arwah atuk dan nenekku. Tahun ni, timing off sikit, dan akhirnya kami cuma dapat berkumpul dan ke sana pada Ahad lepas. Suasana jauh berbeza dari suasana awal Syawal, sunyi sesunyinya. Hanya kami berempat sahaja yang ada, selain dari pekerja penjaga tanah perkuburan itu.

Anyway, sambil lalu-lalang, aku sempat survey sekeliling. Nampaknya trend terkini, buat binaan pusara dengan batu granit hitam, atau batu mar-mar bermacam-macam warna, biru merah hitam perang kelabu hijau maroon. Ada yang binaannya dibuat bertingkat, jadi 3 tingkat separas pinggang aku. Diatasnya disusun batu kecil licin hitam atau kelabu berkilat, very decorative. Batu nisan pula samada mar-mar yang sama atau batu sungai yang besar yang dilekatkan 'plaque' untuk tulis nama etc. Banyak juga yang ditanam rumput karpet di atas dan di sekelilingnya. Dibahagian kepala, dibuat tempat duduk untuk pengunjung. Aku cuba bersangka baik, mungkin untuk memudahkan pengunjung yang ada masalah kesihatan, seperti sakit lutut, kot? Ada juga beberapa pusara yang diberi bumbung, dan ada juga yang berpagar siap berkunci padlock, kenapa agaknya ye? Oh, ada juga yang dihadapan batu nisannya diletakkan 'vase' mar-mar, untuk diisi sejambak bunga oleh pengunjung. Silap haribulan, macam tugu pulak.

Hmmmm.

Aku sempat berhenti seketika di satu pusara di baris hadapan pusara atukku. Nampaknya agak semak, jadi aku buang sikit rumput-rampainya, mungkin jarang dikunjungi kot. Aku sedekahkan bacaan al-Fatihah. Aku baca namanya. Seorang mualaf cina berusia 27 tahun. Mungkinkah tak ada saudara-maranya yang mengunjunginya?

Lantas aku terfikir. Dalam keadaan aku sekarang, bila tiba masaku nanti, adakah sesiapa yang akan mengunjungi pusaraku?

Perasaanku jadi sunyi, sesunyi tanah perkuburan itu pada pagi itu.

Tiba-tiba aku sebak.

5 comments:

Eddie Putera said...

Betullah..hanya iman yang menemani kita di alam kubur..Slamat Hari RAya dik..

Dade Ghost said...

Jie yg penting antara kamu dan Allah.

Kalau kat Mekah, tanda kubur pun takde.... kalau ada pun seketul batu...

Izhal said...

saya punya atuk punya kubur sudah hilang pasal pakai tanda pokok pudding je... depa buat grave atas grave...

SLAMAT HARI RAYA!!!

Jo Kontan said...

Jie ;

Buka Pai sekarang
Rasa Mee berKerang
Kita Mai Sensorang
Kita Pi pun Seorang

JIE said...

Salam bros,

Thanks guys, memang betul la semua tu, takde apa yang dibawa ke alam sana selain dari amalan, ilmu, dan doa anak yang soleh. Takpelah, maybe two out of three 'aint so bad, huh?