Wednesday, August 01, 2007

MULTIPURPOSE HAND DRYER

Pagi ni hujan lebat di Kay Hell. Mujur aku masuk kerja waktu anjal pertama, sempat sampai ke ofis sebelum mula hujan. Ofis masih lengang, sebab hanya dua-tiga kerat aje yang pilih waktu kerja anjal pertama ni.


Sesampai ke ofis, buat air dan makan sarapan. Lepas sarapan, aku gi bilik air untuk basuh mug. Sebaik aku tolak daun pintu bilik air, ada sorang budak pompuan terlompat dan terjerit "maaakkk!". Oh, rupanya budak tu tadi berdiri di depan mesin hand dryer yang letaknya di dinding sebelah pintu tersebut. Padanlah dia terperanjat.

Tapi, aku pun terperanjat juga. Sebabnya budak pompuan tu telah menanggalkan kainnya dan cuba mengeringkannya guna hand dryer tu. Hehehe... rasa nak tergelak, tapi tak jadi sebab kesian tengok muka budak tu dah termalu-malu. Kain basah kena hujan rupanya.





Teringat aku some time back, terjadi perkara hampir sama, tapi waktu tu aku yang terperanjat beruk dan terjerit "maaakkk!", walaupun hakikat sebenarnya aku memanggil mak aku "ibu". Camtu jugak, awal pagi aku ke bilik air untuk basuh mug. Aku tolak daun pintu bilik air, dan dalam kesamaran lampu romantika bilik air, aku nampak satu lembaga setinggi paras bahu dengan muka hitam berbulu panjang, berdiri tergoyang-goyang. Hantuuuuu....! Eh, rupa-rupanya mantan bos aku, tertunduk-tunduk menggoyangkan kepalanya pada mesin hand dryer tu, untuk mengeringkan rambutnya. Adusss.... tolong la beli hair dryer, bukannya mahal kak oi.





Hmmm... ala-ala cerita Mr. Bean la depa ni :-)

4 comments:

Izhal said...

hello...

hand dryer ni budak2 takut wooo...

Jie said...

Salam, Bro Izhal!

Aiseh lama takdak berita, welkam bek! I'm sure to visit Hamamatsu Now sat lagi ni... ke dah tukaq tajuk? :-)

Hansac said...

"Anjal"???

Macam errr pelik je perkataan tu.

Jie said...

Salam, hansac,

Waktu kerja anjal = flexi-time work hours.

Anjal yang janggal :-)