Thursday, August 09, 2007

BELI DAN BELI

Sedang aku mengarang surat tadi, tetiba Mek Su dengan sengih-sengih datang ke meja aku, "Puan, rasa-rasalah kuih ni, kalau suka boleh tempah.."

Adeehhhh.... ganti puasa tahun lepas pun belum habis lagi, dah mula ambik tempahan kuih raya? I hate to generalize, but this is probably a common scenario di pejabat kerajaan. bleargh.

Kenapa ye, tak kisah la apa barang yang dijual, mesti laku punya. It's not like they have much money to spare, gaji ciput je, tapi dok beli jugak. Terpengaruh? Makan pujuk? Kesian? Convenience? Kadang-kadang tu macam tak masuk akal pun ada jugak.

For example, orang jual kain, harga cash RM100, hutang 3 bulan RM120. Walhal tak sampai 10 minit jalan keluar dari ofis aku tu, berlambak-lambak kedai kain ada. From as cheap as RM20 sepasang, sampai ke harga beratus, more choices and definitely cheaper than yang orang jual di ofis tu, because these people also get their kain stock from those same shops! Of course depa jual at a profit, paling sikit pun RM20 profit untuk sehelai kain. Tudung pun camtu jugak. Tapi tak pelik ke, kerani gaji RM700 sebulan, beli kain batik harga RM250... bukanlah merendahkan sesiapa, but it doesn't make good economic sense.

Macam-macam barang yang dijual, dan aku perhatikan yang selalunya laku cam goreng pisang panas ialah slimming products. Segala mak-nenek pills la, potions la, slimming belt, girdle, panty girdle, hot oil, thermal cream, protein shakes, fiber shakes, jamu, you name it.

Next is other health products, a.k.a. ubat kuat. Nak kuat macam mana lagi cik kiah oiii... kopi ginseng la, kopi tongkat ali, kacip fatimah, mengkudu, minyak lintah, jus gamat, jamu rapet, jamu perkasa, akar this and that, daun this and that, suka betul self-medication ni.

And then there's the MLM stuff, pantang tunjuk katalog, mesti ada yang di order. Kak Avon kat ofis aku tu siap dah tukar kereta baru. Amway, Cosway dan ntah hape-hape lagi. Kalau beli skincare ke, vitamins ke ok lagi. Ni, pantang orang datang buat demo (selalunya hari jumaat tengahari la) mesti ada dibeli kuali yang beratus ringit, even korset yang harganya 2-3 ribu. Tu belum kira tunjuk brooch, barang kemas bagai.

I'm not saying all this stuff doesn't work, I'm sure some do. My focus is this - apa saja yang dijual, semuanya laku dibeli, despite harga mahal ataupun benda yang totally unnecessary. Kadang-kadang tu benda merapu, macam yang selalu ada bebudak walking around bawak beg besar, then try to sell cute stuff like jam loceng ke, bantal radio etc. Kenapa mentality kita macam ni? Gullible la.

Dah beli menda-menda ni sampai beratus ringgit, pastu mulalah ikat perut sebab nak save budget. Tengahari makan nasik ngan telur goreng je, ataupun bawak bekal. Silap aribulan makan biskut kering Hwa Tai cecah nescafe susu. Ya, sedap, aku pun suka, tapi bukan ler sebagai makan tengahari!

Meanwhile, tokey kain, biskut raya, jamu, avon etc boleh le senyum-senyum tekan kalkulator, kira berapa banyak untung boleh dapat, samada cukup atau tidak untuk ganti langsir raya tahun ni....

As for me, they already know not to approach me with all kinds of nonsense, buang air liur je nak promote kat aku. Except, of course, kuih raya hehehe :-)

2 comments:

Dr. Shaikh Mohd Saifuddeen said...

Minat Almond London ke? :-)

Hmmm... puasa is just around the corner. Sekejap saja rasa setahun berlalu. But I am looking forward to Ramadhan. Hehehe, Jie.. better ganti cepat sebelum 1 Ramadhan start.

JIE said...

Salam Kelana,

We usually make our own raya cookies, but ada jugak supplement dengan some types yang tak reti nak buat :-)

Yes, ramai yang dok mengganti puasa sekarang ni. Ada dua hari lagi... isk.. isk...