Saturday, June 17, 2006

SI JANGGUT DARI KUANTAN

Tengahari. Perut dah mula keroncong.
Semua orang nampak dalam mood rileks.
Yelah hari Jumaat tengahari, dah hampir nak hujung minggu kan.
Aku pun dok sembang dengan Nash.

Kringg kringgg.

Panggilan dari branch office di Kuantan.
Oh, Janggut rupanya.


Hello - assalammualaikum - alaikumsalam - pekabar etc etc


Janggut
:
Aku dengar kat department kau ada kekosongan ek?

Jie
:
Ha'ah la, minat ke nak mohon?

Janggut
:
Tulah aku ingat nak juga mohon transfer ke KL. Dekat sikit ngan bini aku kat Seremban.

Jie : Eh, bukan bini kau kat Kuantan ke?

Janggut
:
Kat Raub. Bini nombor satu, kampung kat Raub.

Jie
:
Ohhh....

Janggut
:
Yang nombor dua tu kampungnya kat Seremban. So kalu aku transfer KL, senang la aku nak berulang, ke Raub pun dekat ke Seremban pun dekat.

Jie
:
Ohh.... gitu.... aku ingatkan dua-dua dok Kuantan dengan kau. Dulu masa kau kat branch Kota Bharu, depa ikut duduk Kota Bharu gak kan?

Nash
(mamat ni enter frame - menyampuk) :
Yang kat Kota Bharu tu nombor tiga daa....

Jie : Errrkkk..... !


Hebat kawan aku si Janggut ni, multi-tasking - manager, organizer, PR dan macam-macam lagi. Mesti dia pandai bahagikan masa, susun jadual, atur bajet, travel ke hulu ke hilir, banyak pakai tenaga nih.

Janggut, kau minum tongkat ali power root ek?

No comments: