Monday, June 19, 2006

MAKAN BUFFET

Hari minggu lepas, birthday Ibu. We had a mini gathering, keluar makan ramai-ramai. Ibu ni agak adventurous juga bab-bab makan ni, she enjoys good food. Tapi memandangkan taste semua orang berbeza-beza, we decided on the next best thing - buffet la, apa lagi!


Aiskrim... yahoo!!! Nak makan sendiri


Boy who enjoyed his ice-cream...

... too much!

Nak tengok perangai makan sebenar orang M'sia ni, pergilah ke buffet hotel mana-mana. Ramai sungguh family yang keluar makan, sampaikan ruang cafe tak muat dan terpaksa 'buka' meja kat luar cafe. Adakah sebab makanan di situ sedap sangat? Atau keluar makan beramai-ramai pada hari minggu ni dah jadi satu budaya (kawan aku kata 'kultura') orang kita? Ataupun orang kita memang dah malas masak?

Sambil orang dewasa sibuk melantak, kekanak pula dihiburkan oleh seorang badut. Memang saban minggu pihak hotel ada sediakan badut. The last time we came, badutnya lelaki dan asyik memberi belon panjang yang dibentuk jadi pedang kepada kanak-kanak lelaki. Huru-hara juga lepas tu bila bebudak mula berlari-lari di antara meja buffet sambil bermain lawan pedang. Yang minggu lepas, badutnya wanita. Dia lebih suka buat belon berbentuk haiwan.


Ajiq dapat belon bentuk arnab

Belon Awin bentuk anjing poodle

Sambil makan, aku perhatikan orang keliling. Yah, ada yang makan ikut aturan, mula-mula roti, sup, salad, kemudian main course, dessert dan last sekali kopi. Ada yang tak kisah main blasah je apa yang berkenan. Ibu pun buat terbalik, dia makan dessert dulu, sebab dia memang suka pastries di buffet hotel ini. Anyway, it was a nice treat, seronok dapat berkumpul begitu, semua makan sedap-sedap dan tak perlu nak basuh pinggan selepas makan :-)

Aku terperasan satu benda la, tak tahulah samada kebiasaan atau kebetulan, dan samada relevan atau tidak. Sebenarnya tiap kali aku pegi buffet pun, aku memang selalu nampak perkara ni. Meja sebelah-sebelah kami, diduduki oleh bangsa yang matanya sepet. Bila aku jengah ke meja mereka, kebanyakan pinggan yang ditinggalkan adalah licin. Jarang kelihatan makanan yang diambil tapi dibazirkan. Adakah sebab mereka kuat makan dan akan makan semua benda yang diambil? Ataupun, mereka hanya mengambil apa yang mereka hendak makan sahaja?

Apa pun alasannya, aku suka dengan cara mereka yang tidak membazirkan makanan ini. Memanglah bila pegi buffet, sekali bayar, ambil saja apa dan sebanyak mana yang kita mahu. Kalau dah ambil dan lepas tu tak larat makan, tak apa. Waiter akan datang dan angkat pinggan makanan itu. Tak payah la kita nak rasa kesal sebab membazir makanan, tak payah rasa rugi sebab membuang rezeki, tak payah fikirkan orang lain yang kurang beruntung dari kita yang mungkin akan amat menghargai makanan tersebut jika diberikan kepada mereka. Tak payah ingat pada saudara kita di Afrika yang kebuluran, saudara kita di negara-negara zon perang yang tak cukup makan, saudara kita di negara zon bencana alam yang serba kekurangan. Tak payah semua itu, tak payah lah.

Apa-apa pun, aku tak lah rasa guilty sebab pinggan aku licin juga. Eh, ini sebab aku tak membazir ke, atau sebab aku kuat makan? Errrkkk......

2 comments:

Izhal said...

happy birthday to your mother,semoga panjang umur, murah rezeki dan ramai lagi cucu sampai ke cicit... amin...

waiter kadang2 mai amik je pinggan kita... janji tinggal je kejap ye dak jie? tapi calayalah geng mata spet tak membazir... sama macam jie :)

ps-macam hilton pj punya buffet je tu... bukan ke???

JIE said...

Izhal,

Tenkiu tenkiu, doa yang sama untuk kita semua, insyaAllah!

Buffet tu kat Eastin Hotel. Kat PJ ni berapa kerat je le hotel yang ada pun... hehehe :-)