Monday, May 08, 2006

MY 100TH POST

Aaaahhh.... 100th post.
Somehow when I started this, I didn't really expect to last this long hehehe I'm such an inconsistent betty.

*what to write...what to write...*
This 100th post means something to me, and so I should write something good and meaningful, maybe even a tazkirah.

After a quite hectic week at work, and ocassionally mulling over what to write for my 100th post, fate decided that it has to be THIS :- MY CAR GOT HIT LAST FRIDAY

!!*##???&&%$#@#%%$!!!!

Bah!

Petang jemahat tu kan ke hujan. I was on my way home, traffic was slow. Kat situ jalan uphill, kereta depan aku dah stop, aku pun memang dah stop, tetiba satu perodua kenari mai hentam kat belakang aku. Cilakak betul amoi tu, apsal tak tekan brek sampai habis? Keta aku jadik 'sandwich filling', sebab the force of the hit caused my car to bump the one in front of me plak. Siap la kau kenari, pi hantam toyota satu, honda satu, sapa suruh? Sabor je la.













The rear bumper got hit pretty bad, and the reverse sensor's gone sensitive and crazy like it's on perpetual PMS - pantang masuk gear reverse je, dia pun dok teet teet teeeeettttt tak berenti walaupun takde benda yang in the way.












From the outside, bahagian depan nampak OK, except for the plate number. Semua number berderai kat atas jalan tu, yang tinggal cuma nombor 4, which is unlucky according to chinese numerology. Choi!

Buat report malam tu jugak - for traffic accidents in PJ, kena buat report kat balai PJ State. Aku tatau jalan, terpaksa hangkut Abah tolong tunjuk jalan. La ni senang tul buat report ek. Mula-mula isi slip pendaftaran, then depa key-in terus the details masuk dalam database, pastu depa bagi komputer sebijik, ikut suka hati kita la nak taip apa dalam report tu. Habis mengarang esei tu, klik 'simpan', dah siaaaap. Pastu gi jumpa Sarjan untuk angkat gambar keta dan buat sketch tempat kejadian. Hmm... adik polis yang key in details tu comel gak la... hehehe.

So tomorrow aku terpaksa ambik emergency leave, pegi pick up a copy of the police report. Then gi toyota, submit report & insurance details, mintak depa buat assessment of damage sekali. Hiii.... ado yo bondo yang nak monyosahkan den! Story of my life :-(

Lepas aku amik gambar keta tadi, sikenit ni datang meleseh kat aku, so aku amik gambar dia plak :-)










Sibuk sangat dia belek-belek kamera aku, so aku ajar dia butang mana nak tekan untuk amik gambar. Dua gambar last tu, Ajiq yang amik hehehe :-)


Hope you guys had a better week & weekend
*sigh*

12 comments:

drbubbles said...

nasib baik u tak ada apa-2.. tapi betullah bila eksiden..hassle betul nak settle insurance, report polis..etc...banyak kerja!

Izhal said...

Alhamdulillah you're fine...

rajah kasar semua tu Jie lukis sendiri ke??? insurans cover takpe... kerja banyak betul lepas accident nooo... kalo kat hamamatsu tak payah bergerak, polis dan insurance dude semua datang kat kita di tempat kejadian siap bawak kereta ganti tuu... bila dah baiki pi amik je kete kita...

JoKontan said...

Alhamdulillah you're OK. Seme mender cam nii kalu laluii baru tau seksanya. Dengor criter ajer tak sama kan...:-)

Kira macam orang beranak laa.

Jo ber-anak tapi tak pernah beranak :-))

Dade Ghost said...

Nasib baik sikit je tu kemek.....

B0redSam said...

Amacam kereta? Settled, I hope

Izhal said...

Iyelah, kalo Jo beranak entry blog dia mesti lain macam sket... heheh...

Jie said...

Iskandar,

AlhamduliLlah aku OK, poket je yang sakit hehehe :-) Sakit poket sebab terpaksa pinjam keta lain yang lebih kuat minum minyak dari Vios tu. Bila bosan, aku naik LRT... sakit kaki la pulak kena menapak ke stesyen :-(

Jie said...

Izhal,

AlhamduliLlah takde cedera apa-apa. La ni buat report polis takyah lukis rajah kasar macam dulu. Sketch kawasan PJ dah ada dalam komputer abang polis tu, so dia select aje ikut nama jalan. Polis & insurance tak datang ke tempat kejadian, yang datang ialah mat-mat towtruck dengan walkie-talkienya. Cepat betul depa 'hidu' bau accident.

Jie said...

Jokontan,

AlhamduliLlah selamat. Memanglah dah 'kena' baru tau, but I was hoping takkan 'kena' sampai bila-bila :-)

*takleh imagine camana Jo beranak, mesti jerit sakit sampai satu hospital dengar hehehe* entah lah Jo, den indak tau sobab den tak ponah beranak laie...

Jie said...

Dade Ghost,

Agak teruk jugak sebenarnya, bumper tu tabley ketuk, kena ganti baru. Tapi yelah, tak seteruk pengalaman orang lain atau yang kita baca hari-hari dalam paper *aku doa supaya kita semua dijauhkan dari sebarangan kemalangan*

Jie said...

Boredsam,

Hi Sam, long time no see! Dah sebulan, keta aku tak keluar dari worksyop grrrr.... Dah tiga kali aku call service centre tu, rasa terbakar je bila depa dok kata "masih work in progress, cik...". Sabar je la. Toyota ni pun satu hal, dah tau la ni sales tinggi, bukak la banyak-banyak service centre, baru la takde overload dan waiting time yang lama sangat (untuk kes accident, ada dua aje kat lembah kelang ni).

Jie said...

Izhal,

Kalo jo beranak, aku akan dedicate satu posting khas untuk dia... hahaha :-D