Friday, January 27, 2006

RAGGING

Biasa dengar 'ragging'? Siapa yang pernah dok hostel, tak kira la masa sekolah ke uni ke, mesti tau apa itu ragging.

Aku masuk sekolah asrama dari Form One. Masa tu bodoh lagi, free-free je kena ragging masa minggu orientasi. Senior suruh nyanyi lagu Twinkle Little Star, suruh berdiri depan tingkap dan menjerit, kitorang ikut je hahaha :-) Takut ngan akak senior, especially yang muka ganazz macam Kak Hana & Kak Jam dulu. Tapi lepas tu, dek kerana ragging tu la, kitorang jadik kenal seniors, dan lama-lama jadik kamceng. By that time, segala kisah dan rasa perit kena ragging tu, dah jadik bahan ketawa sesama kitorang.

Girls kena ragging, benda kecik-kecik gitu je. Boys kena teruk sket la. Kena lari keliling padang, kena basuh kasut senior jam 2 pagi. Ada senior yang sadis, disuruh junior masuk bawah katil, pastu ditanya "ma rabbuka? ma rabbuka?" sampai menggigil la junior tu, tak reti jawab sebab tak paham Bahasa Arab. Lagi sadis, ada junior disuruh minum air sabun (jangan tiru!) atau berdiri peluk tiang sampai sejam.

Memang menyakitkan hati, tapi taklah mudarat sangat, lagipun dalam tempoh minggu orientasi je. In the end, it taught us humility & respect, and forged a stronger bond among us. Pelik kan, aku pun tak faham kenapa. Tapi aku rasa, memang ada bagusnya ragging tu. Mana budak yang kerek sebab rasa dirinya cantik/ hensem/ kaya/ anak somebody etc, cepat disedarkan dan dilentur jadi 'orang biasa'. Semangat comradeship dan camaraderie pun tinggi, ada sense of belonging, sampai sekarang we support each other. Cakap je nak cari apa, insyaAllah ada member boleh tolong.

Tapi tu dulu. Sekarang sekolah dah tak dak ragging. Dulu punya ragging harmless, tapi agaknya bila ada ragging sampai menyebabkan kecederaan fizikal, tu yang kena ban kot. Ataupun ketahanan bebudak sekarang tak macam dulu ke? Tapi bila not much interaction dan tak kenal batch lain, bebudak semua baik-baik dan ulat buku, rasa macam academic excellence tu tak berapa balance ngan other parts of life.

Kau pernah kena ragging? Story me la.

Incidentally (and this is out of topic) masa cari istilah 'rag' dalam kamus dwi-bahasa tadi, aku terjumpa 'ragamuffin'... dalam B.M ialah 'anak jembel'. Tak pernah dengar perkataan tu, learnt a new word today :-)

6 comments:

Unknown said...

Jie,

Ragging?....ooooo...*flashbacks*...I stayed in the hostel masa sekolah and ragging was not confined to only "minggu orientasi". During my time, at school, ragging was all year long...hahaha...masa tu bengang giler but now bila reflect, tergelak pun ada. Even perkara-perkara yang menyakitkan hati, menggelikan hati sekarang.

Knowadays, I don't know if ragging is still the order of the day. Maybe ada la kut. But masa zaman I sekolah, at least I didn't hear anybody dying kena sepak terajang. Today, ada juga yang mati like that incident at the sekolah agama.

But I agree. The boys had it worst than the gals. Bilik gelap etc. Those were the days...

One day nanti I will blog on it too.

Lily G said...

Jie,

I was in boarding schools both here and england. Kat sini kena bulli lagi teruk weh...

I kena from the boys and the girls. Boys punya bodoh2 je lah..suruh tulis surat cinta pastu baca in public etc...the girls were horrible..suruh basuh kain bla bla bla..but it all stopped when they say me brother's picture..he..he..

Count Byron said...

Jie... ragging ni tentunya horrible for the person being tortured..but hilarious for the tormentor

The tortured would like to rename the tormentor as terminator.. or by now.. as terminated he he

Ragging in its mild form, within the boundaries of human ethics, is enjoyable for both parties.. but who is there to ensure that ethics are adhered to?

No one!

JIE said...

Hi Sam,

Oh my, all year long ragging? Kesiannya. Pastu naik Form Two, kita plak ragging junior all year long ek? :-)

Maybe my wardens dulu very strict kot, ada la a few cases ragging beyond Orientation Week, but mainly confined to juniors being made to queue up and get food for seniors during mealtimes. Harmless really, just annoying like hell je hehehe.

JIE said...

Hi Lily,

In my school dulu, klu kena buli by both boys n gals, means ur outstanding :-) Boys buli sebab depa minat, gals buli sebab depa jealous hehehe.

JIE said...

Hi Count,

Torture is never fun for the victim :-) But like I said, ragging in my school was mild, engineered to be funny and annoying but not harmful (except maybe that air sabun incident la). Nobody controlled us then except our common sense, kalau ragging teruk-teruk, nanti kena hambat dengan warden!

But I suppose when ragging becomes abuse, that definitely have to stop la.