Tuesday, April 05, 2005

RESULT EXAM

Hoooooo haaaaaa hooooo haaaaaa.... breaaattthhheeee... I'm hyperventilating. Result exam PTK 2004 dah dibentangkan pada Lembaga Peperiksaan agensi minggu lepas, tapi masih belum di-release kepada kami. Apsal? Apsal?

Dengar khabarnya tak ramai dapat lepasi markah 60, so ada cadangan untuk turunkan passing mark kepada 50. Masa pembentangan, cadangan ni dipersetujui oleh SEMUA ahli Lembaga KECUALI satu umat saja. Siapa? Ahhhh... tak payah sebut pun, hangpa mesti dah tau kan?

Umat ni beriya-iya meyakinkan orang JPA bahawa jangan diturunkan markah tersebut walaupun Dato' TKP dah setuju. Jadi orang JPA pun pegang kata-katanya. Lepas abis meeting, baru dia minta senarai penama, dan tetiba berubah haluan pula, setuju untuk turunkan passing mark... mungkin sebab ada nama beberapa anak buahnya yang tersenarai? Sorry beb, NASI DAH JADI BUBUR. Masalahnya.... KAU TABUR PASIR DALAM PERIUK NASI ORANG LAIN!!!!!!!

Sedih, bengang, meluat, semua ada termasuk terperanjat. Sebenarnya aku tidak berharap sangat untuk lulus kali ini, sebab aku memang tidak bersedia langsung. Hari pertama aku masuk kerja selepas sebulan berada di Jepun, aku diberitahu bahawa peperiksaan tu dijadualkan ESOK harinya. Bayangkan! Aku terkedu sungguh. Mengapa tak ada sesiapa sampaikan pesan mengenai exam ni masa aku di Jepun? Kami bukannya pegi backpacking, kami mengikuti program JPA. Tak bolehkah mana-mana insan ihsan yang telefon ke Unit Dasar Pandang KeTimur JPA, minta mereka sampaikan pesan kepadaku? Walaupun aku tak ada bahan rujukan, sekurang-kurangnya aku boleh bersedia dari segi psikologi, dan terus ulangkaji sebaik mencecah kaki ke bumi M'sia ini.

Aku beruntung kerana adanya rakan seperti Cheti, yang sanggup memfotostat nota-notanya untukku, namun memang aku tak sempat nak membaca semuanya. Aku hampir tarik diri, tapi cuba juga sebaik mungkin. Hari ini aku dapat tahu dari sumber dalaman bahawa markah aku 58, Cheti 56 dan Cheda 42. Samada aku dan Cheti lulus atau tidak, bergantung kepada keputusan akhir Lembaga dan Dato TKP. Tunggu & Lihat.

Cheda, aku amat simpati. Sebenarnya antara kami semua, Cheda yang paling tekun dan akademik. Malangnya kertas ujian yang didudukinya ialah kertas yang digubal dan ditanda oleh umat itu. Susahnya soalan teramat sangat dan hanya sedikit yang ada kena-mengena dengan tugas hakiki Cheda. Macamana nak ukur kompetensi dalam kerja, sekiranya yang diuji BUKAN perkara yang berkaitan dengan tugas hakiki? Aduh mak oiiii.... harus gila dibuatnya!!!!! Apa sebenarnya agenda umat itu bila buat benda bukan-bukan pada kami macam ni? Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

No comments: